Teknologi rangkaian tanpa wayar 4G merupakan penggabungan beberapa teknologi rangkaian capaian yang berbeza seperti rangkaian Universal Mobile Telecommunication System (UMTS) dan Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN). - sumber a
Sejarah:
Komunikasi mobil dan rangkaian tanpa wayar adalah topik terhangat dan membangun pada kadar yang sangat pantas. Perkembangan dan pembangunan komunikasi mobil ini dilabelkan dengan simbol 'G'. Generasi Pertama (1G) menandakan rangkaian analog seperti Nordic Mobile Telephone (NMT) manakala Generasi Kedua (2G) menandakan rangkaian digital pertama seperti Global System for Mobile Communications (GSM).
Kemudian General Packet Radio Sen'ice (GPRS) diperkenalkan dan GSM lanjutan ini dirujuk sebagai 2.5G. Akhirnya, Universal Mobile Telecommunication System (UMTS) dan International Mobile Telecommunication System 2000 (IMT-2000) dilabelkan sebagai Generasi Ketiga (3G). Sistem komunikasi mobil 3G adalah baru dilaksanakan, manakala kajian untuk komunikasi mobil generasi akan datang (next generation) iaitu rangkaian tanpa wayar Generasi Keempat (4G) telah mula dijalankan.- sumber a
Antara ciri-ciri rangkaian 4G ialah:
a) menyokong perkhimatan multimedia berkualiti tinggi seperti audio masa nyata (real time),
b) data kelajuan tinggi
c) kandungan video Televisyen Definisi Tinggi (HDTV)
d) televisyen mobil - sumber a
Di Sentul Park yang berkeluasan 300 ekar, sebuah kompleks serba canggih
dan moden akan dibuka pada awal tahun 2010 di mana pusat operasi
rangkaian (NOC) dan pusat data akan di tempatkan dan menjadi tapak ujian
untuk Rangkaian Inovasi 4G -sumber b
sumber:
a) Pengenalan 4G -Munirah_thesis
b) Lokasi Kompleks 4G
No comments:
Post a Comment