Pages

Wednesday, February 27, 2013

::Soalan-soalan Sistem Komputer dan Rangkaian::

Soalan-soalan ni hasil carian daripada universiti seluruh malaysia + soalan ICT peringkat sekolah :)
jawapan bg soalan? aaa,maaf la x sempat..huu



  1. Sistem Komputer
    1. Huraikan secara ringkas 4 komponen system fizikal computer(8m
  2. Perkakasan computer
    1. Terangkan fungsi unit arithmetic logic (ALU),Control Unit dan Internal Register (6m)
  3. Papan induk
    1. Berikan definisi papan induk(2m)
    2. Huraikan  4 komponen utama papan induk(8m)
  4. Media Storan
    1. Apakah kepentingan media storan?(2m)
    2. Senarikan tiga (3) jenis storan yang anda tahu (3m)
  5. Senaraikan 5 fungsi system pengoperasian(5m)
  6. Terangkan 4 langkah yang terlibat dalam ‘Machine Cycle’ (4m)
Soalan sama àProses adalah satu elemen dalam system maklumat.dengan menggunakan contoh, terangkan 4 proses yang terlibat apabila sesuatu input dimasukan untuk mengeluarkan output(8m)
Soalan sama àlukis satu kitaran pemprosesan maklumat dengan menggunakan susunan gambar rajah blok.
Soalan sama àterangkan semua 4 langkah dalam kitaran arahan unit pemprosesan pusat (8m)
  1. Keberkesanan sesuatu rangkaian bergantung kepada kesesuaian senibina rangkaian di sesebuah syarikat.
    1. Bincangkan secara ringkas tentang empat( 4) topologi asas dalam rangkaian komputer.( 8 m )
    2. Nyatakan satu (1) kebaikan dan satu (1) kelemahan bagi setiap topologi yang telah dinyatakan di atas (4 markah)
  2. Rangkaian
    1. Berikan definisi rangkaian(2m)
    2. Senaraikan 2 kategori penggunaan dalam rangkaian (2m)
    3. Terangkan 3 kelebihan rangkaian computer (6m)
    4. Berikan 3 perkakasan untuk rangkaian(3m)
  3. Rajah 1 menunjukkan rangkaian computer bagi syarikat computer Ahamad. Berdasarkan kepada rajah tersebut, jawab soalan berikut:
    1. namakan jenis topologi rangkaian yang digunakan(2m)
    2. namakan senibina rangkaian bagi topologi yang digunakan(2m)
    3. berikan 2 kebaikan menggunakan topologi berikut (6m)
    4. Nyatakan konsep PAN
  1. Apakah kegunaan kad rangkaian?(2m)
  2. Takrifkan definisi berikut:
a.       Komputer pelayan (2m)
b.      Sistem Pengoperasian (OS)(2m)
12.   Media penghantaran
a.       Medium penghantaran boleh dikelaskan kepada 2 jenis media terpandu dan tak terpandu.Senaraikan 2 contoh media terpandu dan 2 contoh media tak terpandu (4m)
b.      Nyatakan 2 jenis kabel sepaksi dan berikan cirri-ciri bagi kabel tersebut(6m)
c.       Untuk pemasangan bagi  ‘cross kabel terdapat beberapa peraturan dan standard yang perlu dibuat.senaraikan susunan warna atau standard yang digunakan untuk menghasilkan ‘cross kabel’ (4m)
d.      Senaraikan 5 kelebihan kabel gentian optic(5m)
13.   Pengkabelan
a.       Bandingkan spesifikasi kabel ‘twisted pair’ dan kabel ‘coaxial’ (6m)
b.      Terangkan bagaimana komunikasi berlaku dalam teknologi rangkaian tanpa wayar(3m)
  1. Berikan TIGA(3) contoh Sistem Pengoperasian (OS) yang anda ketahui (3m)
  2. Berikan 3 contoh system pengoperasian yang  menyokong system rangkaian (3m)
  3. Apakah perbezaan diantara system pengoperasian dan perisian aplikasi (4m)
  4. Apakah fungsi Sistem Pengoperasian Rangkaian? (2m)
  5. Pemasangan computer
    1. Senarikan langkah-langkah pemasangn computer (8m)
    2. Anda telah meletakkan 512MB RAM dalam system computer anda. Apabila anda membuat pemeriksaan pada System Properties kapasiti RAM anda kurang dari 512 MB. Mengapakah ianya terjadi? Apakah langkah penyelesaian untuk mendapatkan kapisiti maksimum untuk RAM anda? (4m)
    3. Anda telah menggeluarkan kad paparan pada papan litar. Dimanakah tempat yang paling selamat untuk menyimpan kad paparan tersebut?(2m)
    4. Semasa membuat baikpulih computer, kita dinasihatkan untuk mengeluarkan power supply terlebih dahulu.Nyatakan 3 sebab (3m)
  6.  
  1. Anda telah dilantik sebagai pengurus rangkaian di sekolah anda. Tempat yang banyak menggunakan rangkaian internet adalah di makmal komputer dan bilik guru.
(a)    Lukiskan satu topologi rangkaian yang bersesuaian dengan reka bentuk bangunan sekolah anda.

  1. E-learning semakin mendapat tempat di banyak institusi pengajian tinggi dan awam. Malah ada juga sekolah yang mula memperkenalkan e-learning kepada pelajar-pelajar mereka. Sebagai bakal pendidik dalam bidang teknikal, bagaimanakah e-learning dapat membantu pelajar-pelajar teknikal untuk meningkatkan prestasi mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. Tuliskan hujah-hujah anda berserta contoh-contoh yang berkaitan.  (20 markah)

  1. Aplikasi dalam rangkaian
    1. Katakan sebuah sekolah mempunyai 3 buah bangunan (bangunan A,B,C). Sekolah tersebut disambungkan kepada internet menggunakan gentian tulang-belakang dengan titik kehadiran internet (POP) diletakkan dalam bangunan A. Bangunan A dan B berada dalam jarak 100 meter di anatar satu sama lain. C berada dalam jarak 200 dan 300 meter dari bangunan A dan B, masing-masing. Jika sekolah tersebut mencari penyelesaian pendawaian yang termurah ( tapi tetap mematuhi piawaian) untuk menghubungkan ketiga-tiga bangunan kepada internet.
    2. Apakah jenis penyelesaian pendawaian yang boleh difikirkan di antara bangunan-bangunan tersebut?
    3. Selanjutnya, andaikan semua komputer dalam satu bangunan dibahagikan kepada 2 domain yang dipatuhi. Dua pelayan (seperti fail, sesawang) ditempatkan dalam bangunan A dan setiap pelayan adalah dalam micro-ruas. Bangunan C mempunyai pencetak yang berkongsi dengan bangunan B.
    4. Lukis gambarajah rangkaian dengan label yang diperlukan. Nyatakan bilangan dan jenis port fizikal (seperti 10BaseT) yang diperlukan dalam peranti rangkaian. Lakukan anggapan sesuai yang diperlukan
    5. Apakah cabaran perlaksanaan bagi VoIP?
  2. Rajah 6 menunjukkan komponenn di dalam system maklumat
  1. Namakan X
  2. Komponen yang manakah dalam system maklumat bertanggjawab untuk menyediakan antara muka untuk pengguna memasukkan data ke dalam system dengan bantuan peranti input?
  3. Perbezaan:
    1. Perisian Aplikasi (Application Software)
    2. B Sistem Pengoperasian (Operating System)
    3. C Program Utiliti (Utilities Program)
    4. D Perisian Sistem (Sytem Software)
  4. Maklumat tambahan
    1. Pemasangan computer
                                                               i.      Langkah2 pasang hdd/ram/Graphic card
                                                             ii.      Pemasangan NIC
                                                            iii.      Operating system
                                                           iv.      System aplikasi
    1. Terangkan maksud protocol komunikasi (2m)
    2. Senaraikan 2 jenis protocol komunikasi yang serring digunakan(2m)
    3. Jenis Perisian komputer

Tuesday, February 26, 2013

::Set Induksi:

Definisi:
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
url:url:http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/definisi-set-induksi.html



soalan dari farah:
"Farah ajar sivik 2 masa dan dapat pada hari yang berlainan. First day dah guna set induksi. So, next day nyer kene buat set induksi ke? sbb farah akan buat perbincangan utk next day tu"

jawapan dari saya:

Set induksi x semestinyer tunjuk gambar or play video aje.. set induksi boleh juga kite buat mind map pelajaran lepas..pinta pelajar isi mind map.Itu juga dikenali sebagai set induksi


Url:http://z12.invisionfree.com/CikguOnline/index.php?showtopic=258

Cikgu membahagikan rancangkan kepada 3:
(a) Intro - memfokuskan minda murid kepada memberi tumpuan kepada subjek yang cikgu nak mulakan pengajaran.
(b) Pelaksanaan
- mengemukakan soalan-soalan kepada murid untuk mereka jawab yang jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin juga ajar dan di sinilah ketikanya prinsip pembelajaran diaplikasikan, iaitu:
- dari yang diketahui oleh murid kepada yang belum mereka ketahui
- dari yang dekat kepada murid kpd yang jauh
- dari sedia dialamai oleh murid kepada yang belum dialami
c) Penutup - setelah diberitahu apakah tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari hendaklah dinyatakan kepada murid-murid


Contoh set induksi sepanjang LM saye:

Week 1: Pengenalan kepada Etika penggunaan Komputer
Saya bertanya soalan "Apakah peraturan ketika di dalam Makmal Komputer?"
-pengetahuan sblm: pelajar dah didedahkan kepada Pengurusan Makmal Komputer mengenai Peraturan dalam Makmal


Pengenalan kepada Pangkalan Data(Microsoft Access)

Saya memaparkan situasi dalam pejabat dimana terdapat banyak fail-fail yang tidak tersusun.
dan bertanya kepada pelajar bagai mana untuk menguruskan fail-fail tersebut
-pengetahuan sblm:pelajar tahu pengurusan barang di dalam Makmal KOmputer

Week 2: Evolusi Komputer

Saya memaparkan gambar-gambar komputer dahulu sampai sekarang termasuk gambar Hp canggih + Apple PC
-pengetahuan sblm: pelajar pernah melihat monitor CRT

Pengenalan kepada Pangkalan Data(Microsoft Excel)
Saya ulang semula fail-fail yang tidak tersusun supaya pelajar dapat tahu kepentingan pengurusan maklumat + pangkalan data


Week 3: Pengenalan kepada Sistem Komputer
saya bertanya soalan "Jika nk guna komputer,apakah perkara/bahan yang perlu ada supaya dapat guna komputer dengan berkesan?"
-pengetahuan sblm: pelajar sudah mempelajari kegunaan ICT dalam kehidupan seharian

"baru nk masuk sistem konsep... org tampal gmbr desktop..besar punyer... pehtu,dieorg label la..ape yg boleh di attach kat destop..contoh,mcm mouse, headphone,keybod..suka ati dieorg nk tulis ape.. nnt kite ckp la.."ha,bgs2,nmpk nye da tau la pasal komputer,jadi adakah awk tahu tentang isi dalam komputer?..cikgu akan ajar..bla bla bla" gitu"

Week 4: Pengenalan kepada Perwakilan Data
Saya minta pelajar buat peta minda rajah blok I/O proses dan Storan
kemudian, rajah blok kitaran mesin
-pengetahuan sblm: pelajar sudah mempelajari komponen asas komputer

"masuk system concept->org buat tampal2 input+output+proses(ada kitaran mesin)+store"

Monday, February 25, 2013

::Isi Kandungan Portfolio Latihan Mengajar::

1.Muka depan
2.isi kandungan
3.biodata guru pelatih & gambar

4.sinopsis ->sape tahu ni tentang ape? -->by ella sinopsis tu mgkin leh tulis pengenalan LM,skolah yg dipilih,subjek yg diajar,harapan..

5.Penghargaan
6.Dokumen berkaitan

  • Profil Sekolah  ->new
a.misi & visi sekolah
b.carta organisasi sekolah
c.Takwim sekolah

  • FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
  • PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
  • TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
  • KALENDAR PERSEKOLAHAN & HARI KELEPASAN NEGERI
  • Sukatan Pelajaran ICT
  • Sukatan Pelajaran ICTL (sape ajar dua2 skali)
  • Senarai rujukan ->jika mahu letak
  • rancangan pelajaran tahunan->new
  • rancangan pelajaran mingguan->new
  • rancangan pelajaran harian->new
  • REKOD MATAPELAJARAN DIAJAR
  • Jadual waktu
  • kuiz + skema
  • Ujian + skema
  • kertas latihan
  • tutorial
  • nota edaran/slide + modul
  • markah pelajar

7.Laporan log ->setiap hari
8.Laporan Jurnal -> at least 2 jurnal per week
9.Refleksi akhir LM -> dekat2 nk abis kot baru buat kot
10.Rujukan
11.Lampiran
a. borang relief (tampal ikut susunan)
b. dokumen berkaitan Latihan Mengajar
  • borang lapor diri
  • surat KPM
  • Aku Janji LM
  • Borang penempatan dari UTHM
  • REKOD AKTIVITI KOKURIKULUM
  • PENYELIAAN / PENCERAPAN
c.PEKELILING PERKHIDMATAN / IKHTISAS TERPILIH
d.kajian tindakan ->senang nk jawab pasal progress kajian tindakan



contoh:
======REKOD MATAPELAJARAN DIAJAR=====

MATAPELAJARAN -----------------TINGKATAN ---------- JUMLAH WAKTU
1 Teknologi Maklumat dan komunikasi --------4AK1------------- 8
2.ICT Literasi-------------------------------------2Cerdas-------------2
3.ICT Literasi-------------------------------------1Cerdas-------------2
4.ICT Literasi-------------------------------------1cemerlang-------------2

Thursday, February 14, 2013

::nak bagi slide show auto::

bile saye membantu~
sharing knowledge is caring others :)
situasi:
"Oh! Multimedia punya persembahan...

~siapa hok biasa buat slide show...tak jalan la slidenya...mana nak set..cer citer~... "
Microsoft Power Point 2007
solution:
  • nk suruh die jalan sendiri ke Cikgu Nik Mie ke? ke on click?
  • Cikgu Nik Mienak bagi jalan terus...
  • Norsuhaila Ila kat tab Animation..ade Advance slide ...unclick ->On Mouse Click... click->automatically start..contoh start after 1 saat.. nnt die akan auto tukar after 1 saat 
  • Cikgu Nik Mienanti saya cuba..rasa dah buat..tak jalan juga...
  • Norsuhaila Ilaoo,every slide kene buat camtu.. kalo x..ade lagi 1 tmpt tu..mungkin ade yg usik..nnt sy btau..lupe tang mane
  • Cikgu Nik Mie boleh select all ke?...
  • Norsuhaila Ilaboleh aje
  • Norsuhaila Ilani lagi satu cara yg mungkin ade terusik setting... cube tgk kat tab Slide Show..pastu Set Up Slide Show...dalam kotak Advance Slide tu kene make sure click->Using timings,if present.... sbb kalo guna Manually(if terclick situ),die x auto jalan
  • harap dapat bantu tu je la pun yg reti nye..hihi      
 

Monday, February 11, 2013

::Relax Spa kat Parit Raja::

masa study kat UTHM (year 2012-2013)

ade la test 2 -3 tempat untuk relax2 ni..tp bukan la spa2 yg high class tu..just nk cuci rambut ngn buat facial aje
dalam bnyk2 tu..tempat paling best skali kat Shadira Spa..guna product shadiran la kan
tp dunt care as long dapat relax sekejap pun da best ..kan kan~

lokasi?
berdekatan CIMB Bank Parit Raja..dekat aje tracfic light Parit Raja tu ha

mmg terbaik sbb jarang2 cuci rambut die urut skali badan (sikit la urut nye,tp sgt puas hati)
even masa buat facial,suppose kene la urut bdn belakang sikit,mcm balas balik kan~
xde la rasa stress kat badan belakang..huu

sume staf very friendly..dan sgt best!

contact: kak eita (owner) 012-7609427   ->saye slalo sms je..hik2 student katakan
office utk booking: 07-4532531

Laporan Log LM M2

Cuti sempena Tahun Baru Cina
dari 11/2/2013 - 15/2/2013

::Amalan Guru~really my concern::

Sejak di tempatkan Latihan Mengajar (LM) kat sekolah ni, bnyk jugak idea nk buat penulisan jurnal..hoho
tapi tapi~
bnyk pulak tapi nyer
so my first step listing dulu concern la kan

1. semasa guru relief kelas
- what should you do?
-lebih2 lagi if ada 3 masa untuk 1 kelas..oho, xtau apo nk buat
-2 masa boleh tahan lagi, ajak students siapkan kerja rumah yg pernah cikgu2 dieorg bg
-other than that?ala,perlu la ade yg menyeronokan, but still hav education

2.VLE Frog
-guru lama-->some of then eager nk buat (siap menta tlg buat flowchart lagi tuuee,utk memudahkan mereka, ok gak tu kan)
-students pula ? sgt eager untuk letak bahan masing2 dalam site.. berlumba2 nk buat..wow,very like!!
-tp yg memainkan peranan penting adalah guru yg ajar ICT+ICTL+guru penyelaras nye..just like in my school, guru penyelaras sgt helpful coz many ideas..yeahhbaaa..
-guru ajar guna online terus, again very LIKE

3.online attendance?
-owh,this will be a problem coz kadang2 cikgu terkejar-kejar untuk masuk data dlm sistem
-diberi ruang 2 masa pertama untuk masukan data
-oho, very ad-hoc la kan
-positive? ->bukti kehadiran especially to parent yg xsure anak2 ada disekolah ke x plus untuk tingkatkan sistem education di malaysia

Friday, February 8, 2013

Laporan Log LM M1



Tarikh         :4/2/2013      Hari             :isnin

Pagi            
8pagi - Lapor diri ke SMK Taman Tasik
10.50pagi-perjumpaan ringkas bersama pengetua
                  
Tengahari 
12tghari : makmal ICT - update data koko  

Petang 
1.30 petang: Punch card untuk pulang
         
Malam 
(Jika Ada)
 ===========================================================


Tarikh         :5/2/2013      Hari             :selasa

Pagi            
7.10pagi - Lapor diri ke SMK Taman Tasik
masa 1-3 - relief 5P4
10.15-11.25-relief 3 cekal & 3 cekap
11.25 -12.00 - makmal ICT update data koko

  
Tengahari 12.00-1.00- makmal ICT update data koko

Petang 
12.00-1.00- makmal ICT update data koko
         
Malam 
(Jika Ada)
  ===========================================================
Tarikh         :6/2/2013      Hari             :rabu

Pagi            
7.10pagi - Lapor diri ke SMK Taman Tasik
makmal ICT update data koko
                  
Tengahari makmal ICT update data koko

Petang 
makmal ICT update data koko
         
Malam 
(Jika Ada)
  ===========================================================
Tarikh         :7/2/2013      Hari             :khamis

Pagi            
7.10pagi - Lapor diri ke SMK Taman Tasik
                  
makmal ICT update data koko
                  
Tengahari makmal ICT update data koko

Petang 
makmal ICT update data koko

         
Malam 
(Jika Ada)
  ===========================================================
Tarikh         :8/2/2013      Hari             :jumaat

Pagi            
7.10pagi - Lapor diri ke SMK Taman Tasik
7.30pagi - taklimat oleh pembimbing (pn.kartina)
                  
Tengahari makmal ICT update data koko

Petang 
makmal ICT update data koko

         
Malam 
(Jika Ada)