Papan Tulis
Papan tulis merupakan salah satu alat bantu mengajar yang termurah dan paling meluas digunakan. Kebanyakan guru pelatih, tidak menggunakannya secara efektif.
Langkah-langkah yang perlu ketika menggunakan papan tulis:
- sebelum memulakan pegajaran, pastikan papan tulis telah dibersihkan. Sekiranya papan tulis tidak bersih, tumpuan murid akan terganggu.
- Tulisan guru hendaklah besar dan jelas.
- Kebanyakan papan tulis di dalam bilik darjah adalah dari jenis yang panjang. Bagi memastikan supaya penggunaaannya lebih teratur dan berkesan, papan tulis itu eloklah dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian dengan membuat garisan sempadan.
- Bahagian ditepi sebelah kiri dan bahagian tengah digunakan untuk menulis isi-isi pelajaran penting yang mungkin perlu disalin oleh pelajar.
- Bahagian di sebelah kanan pula digunakan untuk menulis perkataan dan kiraan atau untuk membuat lakaran dan sebagainya, yang akan dipadam setelah tidak diperlukan.
- Jawapan atau kenyataan dari pelajar juga patut ditulis di papan tulis. Mereka juga boleh disuruh menulis sendiri. Dengan cara ini akan dirasakan penglibatan pelajar proses P&P
No comments:
Post a Comment