Pages

Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

Pra Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Soalan merangkumi:
1. Dasar-dasar kerajaan
2. Surat Pekeliling Ikhtisas dan Perintah Am
3. Tatasusila Profesion Perguruan

Antara soalan yang ditanya:
1. Maksud TIMSS, PISA
2. Tujuan 1M1S
3. Sektor dalam BPTV
4. Cuti sakit guru
5. Tujuan 1Bestari net
6. Jika ada pengambaran yang ingin dilakukan di sekolah mesti melalui .......?
7. Jika guru mengajar tidak mengikut silibus, pengetua akan didenda ....?

Friday, October 18, 2013

Refleksi Jurnal - Amalan Reflektif Guru

Dah lama x meneroka refleksi jurnal hasil carian rakan2 di online..hari ni datang mood utk baca sikit ape yg boleh ditambah/refresh/baru otak ni..yela da nk interviewkan
huu, plus dgn rasa yg x berapa sihat ni..dugaan~

Strategi Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru.

1. guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
2. Amalan refleksi- memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri selain dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran merekadengan efektif
3. pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri
4. penyelidikan tindakan
5. konsep “Belajar Seumur Hidup”
6. perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru(PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu

boleh ditingkatkan melalui amalan sistem pementoran di sekolah-sekolah

URL: http://merahjambusakura.blogspot.com/2013/04/contoh-tugasan-ulasan-kritikal-jurnal.html

Monday, March 18, 2013

::Set Induksi lagi::


td bebual dengan guru cemerlang KH
die kata...
"saye suka cikgu praktikal sbb die kata sedia semua bahan dari A-Z, saya harap sgt guru-guru bole teruskan aktiviti A-Z sampai bile-bile"

"saya sedih tgk guru-guru yg da posting x berapa nk amalkan aktiviti yg tersusun lagi2 after posting - tp faham ade tugas - tp kesian juge kat pelajar -boring dalam kelas"

"yg penting bila memulakan kelas,kene la ade intro,jgn la terus masuk topik"
-sekian

Wednesday, March 6, 2013

Tuesday, February 26, 2013

::Set Induksi:

Definisi:
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
url:url:http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/definisi-set-induksi.html



soalan dari farah:
"Farah ajar sivik 2 masa dan dapat pada hari yang berlainan. First day dah guna set induksi. So, next day nyer kene buat set induksi ke? sbb farah akan buat perbincangan utk next day tu"

jawapan dari saya:

Set induksi x semestinyer tunjuk gambar or play video aje.. set induksi boleh juga kite buat mind map pelajaran lepas..pinta pelajar isi mind map.Itu juga dikenali sebagai set induksi


Url:http://z12.invisionfree.com/CikguOnline/index.php?showtopic=258

Cikgu membahagikan rancangkan kepada 3:
(a) Intro - memfokuskan minda murid kepada memberi tumpuan kepada subjek yang cikgu nak mulakan pengajaran.
(b) Pelaksanaan
- mengemukakan soalan-soalan kepada murid untuk mereka jawab yang jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin juga ajar dan di sinilah ketikanya prinsip pembelajaran diaplikasikan, iaitu:
- dari yang diketahui oleh murid kepada yang belum mereka ketahui
- dari yang dekat kepada murid kpd yang jauh
- dari sedia dialamai oleh murid kepada yang belum dialami
c) Penutup - setelah diberitahu apakah tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari hendaklah dinyatakan kepada murid-murid


Contoh set induksi sepanjang LM saye:

Week 1: Pengenalan kepada Etika penggunaan Komputer
Saya bertanya soalan "Apakah peraturan ketika di dalam Makmal Komputer?"
-pengetahuan sblm: pelajar dah didedahkan kepada Pengurusan Makmal Komputer mengenai Peraturan dalam Makmal


Pengenalan kepada Pangkalan Data(Microsoft Access)

Saya memaparkan situasi dalam pejabat dimana terdapat banyak fail-fail yang tidak tersusun.
dan bertanya kepada pelajar bagai mana untuk menguruskan fail-fail tersebut
-pengetahuan sblm:pelajar tahu pengurusan barang di dalam Makmal KOmputer

Week 2: Evolusi Komputer

Saya memaparkan gambar-gambar komputer dahulu sampai sekarang termasuk gambar Hp canggih + Apple PC
-pengetahuan sblm: pelajar pernah melihat monitor CRT

Pengenalan kepada Pangkalan Data(Microsoft Excel)
Saya ulang semula fail-fail yang tidak tersusun supaya pelajar dapat tahu kepentingan pengurusan maklumat + pangkalan data


Week 3: Pengenalan kepada Sistem Komputer
saya bertanya soalan "Jika nk guna komputer,apakah perkara/bahan yang perlu ada supaya dapat guna komputer dengan berkesan?"
-pengetahuan sblm: pelajar sudah mempelajari kegunaan ICT dalam kehidupan seharian

"baru nk masuk sistem konsep... org tampal gmbr desktop..besar punyer... pehtu,dieorg label la..ape yg boleh di attach kat destop..contoh,mcm mouse, headphone,keybod..suka ati dieorg nk tulis ape.. nnt kite ckp la.."ha,bgs2,nmpk nye da tau la pasal komputer,jadi adakah awk tahu tentang isi dalam komputer?..cikgu akan ajar..bla bla bla" gitu"

Week 4: Pengenalan kepada Perwakilan Data
Saya minta pelajar buat peta minda rajah blok I/O proses dan Storan
kemudian, rajah blok kitaran mesin
-pengetahuan sblm: pelajar sudah mempelajari komponen asas komputer

"masuk system concept->org buat tampal2 input+output+proses(ada kitaran mesin)+store"

Thursday, February 14, 2013

::nak bagi slide show auto::

bile saye membantu~
sharing knowledge is caring others :)
situasi:
"Oh! Multimedia punya persembahan...

~siapa hok biasa buat slide show...tak jalan la slidenya...mana nak set..cer citer~... "
Microsoft Power Point 2007
solution:
  • nk suruh die jalan sendiri ke Cikgu Nik Mie ke? ke on click?
  • Cikgu Nik Mienak bagi jalan terus...
  • Norsuhaila Ila kat tab Animation..ade Advance slide ...unclick ->On Mouse Click... click->automatically start..contoh start after 1 saat.. nnt die akan auto tukar after 1 saat 
  • Cikgu Nik Mienanti saya cuba..rasa dah buat..tak jalan juga...
  • Norsuhaila Ilaoo,every slide kene buat camtu.. kalo x..ade lagi 1 tmpt tu..mungkin ade yg usik..nnt sy btau..lupe tang mane
  • Cikgu Nik Mie boleh select all ke?...
  • Norsuhaila Ilaboleh aje
  • Norsuhaila Ilani lagi satu cara yg mungkin ade terusik setting... cube tgk kat tab Slide Show..pastu Set Up Slide Show...dalam kotak Advance Slide tu kene make sure click->Using timings,if present.... sbb kalo guna Manually(if terclick situ),die x auto jalan
  • harap dapat bantu tu je la pun yg reti nye..hihi      
 

Monday, February 11, 2013

::Amalan Guru~really my concern::

Sejak di tempatkan Latihan Mengajar (LM) kat sekolah ni, bnyk jugak idea nk buat penulisan jurnal..hoho
tapi tapi~
bnyk pulak tapi nyer
so my first step listing dulu concern la kan

1. semasa guru relief kelas
- what should you do?
-lebih2 lagi if ada 3 masa untuk 1 kelas..oho, xtau apo nk buat
-2 masa boleh tahan lagi, ajak students siapkan kerja rumah yg pernah cikgu2 dieorg bg
-other than that?ala,perlu la ade yg menyeronokan, but still hav education

2.VLE Frog
-guru lama-->some of then eager nk buat (siap menta tlg buat flowchart lagi tuuee,utk memudahkan mereka, ok gak tu kan)
-students pula ? sgt eager untuk letak bahan masing2 dalam site.. berlumba2 nk buat..wow,very like!!
-tp yg memainkan peranan penting adalah guru yg ajar ICT+ICTL+guru penyelaras nye..just like in my school, guru penyelaras sgt helpful coz many ideas..yeahhbaaa..
-guru ajar guna online terus, again very LIKE

3.online attendance?
-owh,this will be a problem coz kadang2 cikgu terkejar-kejar untuk masuk data dlm sistem
-diberi ruang 2 masa pertama untuk masukan data
-oho, very ad-hoc la kan
-positive? ->bukti kehadiran especially to parent yg xsure anak2 ada disekolah ke x plus untuk tingkatkan sistem education di malaysia

Friday, January 25, 2013

::APDM::

Kementerian Pelajaran Malaysia via APDM

website: sekolahMalaysia.com


Info untuk guru -> Garis Panduan Penggunaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).


Apakah APDM?
APDM ialah Aplikasi Pangkalan Data Murid 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid di seluruh negara.

Bahagian yang bertanggungjawab?
Bahagian  Pengurusan  Maklumat

Fokus?

berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas guru.


Tujuan?
mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Ini dapat membantu pihak KPM merealisasikan dasar pendidikan wajib dan pendidikan untuk semua (Education for All).




Pelajar terlibat?
Prasekolah hinggalah tamat Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi

Saturday, January 12, 2013

::Perwatakan Guru::

Please help me....

Apakah perwatakan seorang guru berkesan yang paling anda kagumi sepanjang tempoh pendidikan yang anda lalui?

Thursday, January 3, 2013

::Ajarkan saya website::

hee
saje guna tajuk tersebut
untuk teacher yang baru nk menjinak2 buat website

1. mula dengan buat website pembelajaran / pendidikan
 =>fokus kepada matapelajaran masing2

2.oh ya, jangan lupa register blog
contoh mudah guna gmail+blogger sbb dieorg skali aje
more? boleh tulis dalam Microsoft Word, update online guna itu sahaja .Yup, thats right

3. blaja main tools yg ada
contoh: widgets alat tambahan yang disediakan oleh blog

4. kalau pening lagi... amik yg mudah..guna sub-topik

5. try post 1 page dulu..amalkan selalu untuk update..jgn lupa war-war kan kepada students
TOLONG tulis sumber mana cikgu amek maklumat - etika dalam penulisan blog - etika guru -

6. rajin mencari maklumat dengan Mr.Google.com

7. update lagi website guna bahan interaktif...mcm game ke..link to webiste yg ade kaitan dengan subtopik



Wednesday, January 2, 2013

::Masalah Penulisan Objektif Pengajaran::

Saya pernah ditegur semasa Latihan Mikroteaching dalam kelas.
Pensyarah tegur saya bahawa objektif pengajaran saye terlalu mengikut kepada Silibus KPM. Masa tu x berapa faham sangat apa yang cuba diperkatakan..
bila dah baca buku Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (Edisi Kedua) oleh Mohamad Najib Abdul Ghafar baru la faham ...

"Guru sering menulis objektif dari sgei apa yang ingin dibuat atau apa yang ingin dilakukannya di dalam bilik darjah. Ini amat mudah dilaksanakan tetapi objektif ini tidak menjawab dengan jelas apa yang ingin dimahukan daripada pelajar setelah selesai proses pengajaran..." (ms 25)

 =>sepatutnya saya fokus ape hasil akhir P&P saya..bukan semasa P&P.oh!
=>pttnye pelajar boleh sediakan sendiri apa yg perlu, buat apa yg perlu, apa kemahiran yang ptt ditonjolkan untuk solve problem
=>thats why pelajar x perform, kite akan ckp "ala,dieorg tu sume nk kene suap aje"....
=>terdiam sejenak..em,perlu ada perubahan dari segi penulisan objektif pengajaran next time..huu

Sumber:
Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (Edisi Kedua) oleh Mohamad Najib Abdul Ghafar (2011)
Penerbit UTM Press
UTM Press item

Saturday, December 29, 2012

::Penggunaan Papan Tulis::

|| Kebanyakan guru tidak menggunakan konsep ni sbb papan tulis x berapa besar, tp konsep ni bgs sebenarnya||


Papan Tulis
Papan tulis merupakan salah satu alat bantu mengajar yang termurah dan paling meluas digunakan. Kebanyakan guru pelatih, tidak menggunakannya secara efektif.
Langkah-langkah yang perlu ketika menggunakan papan tulis:
  • sebelum memulakan pegajaran, pastikan papan tulis telah dibersihkan. Sekiranya papan tulis tidak bersih, tumpuan murid akan terganggu.
  • Tulisan guru hendaklah besar dan jelas.
  • Kebanyakan papan tulis di dalam bilik darjah adalah dari jenis yang panjang. Bagi memastikan supaya penggunaaannya lebih teratur dan berkesan, papan tulis itu eloklah dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian dengan membuat garisan sempadan.
 
  • Bahagian ditepi sebelah kiri dan bahagian tengah digunakan untuk menulis isi-isi pelajaran penting yang mungkin perlu disalin oleh pelajar.
  • Bahagian di sebelah kanan pula digunakan untuk menulis perkataan dan kiraan atau untuk membuat lakaran dan sebagainya, yang akan dipadam setelah tidak diperlukan.
  • Jawapan atau kenyataan dari pelajar juga patut ditulis di papan tulis. Mereka juga boleh disuruh menulis sendiri. Dengan cara ini akan dirasakan penglibatan pelajar proses P&P
sumber 1. Jenis alat Bantu Mengajar

Tuesday, December 25, 2012

::Buku Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi::


**buku dari UTHM sumber dari Izzar (ketua kelas)
Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi
merupakan salah satu dokumentasi awal selepas pengumuman KPM dibuat mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Membantu sedikit sebanyak semua pihak supaya lebih berjaya membawa perubahan atau transformasi untuk merealisasikan SBT di Malaysia.
High Performing Schools atau Great School
Sekolah Berprestasi Tinggi dari KPM


Pengarang:
1. Ab. Rahim Selamat
Anugerah:Tokoh Guru Kebangsaan
Ahli Panel bebas Sistem Pendidikan Malaysia


2. Prof Madya Dr. Kamarolzaman Hj. Mohd Jidi (UTHM)
Pengalaman:
AJK Pengurusan Pusat Kegiatan Bandar Segamat, Johor
Kaunselor Sekolah Sepenuh Masa KPM


3. Azrimah Ab. Rahim
Pengalaman:
Guru Pakar dalam Pengajaran Bahasa Inggeris (TESL)

4. Hazrita Ab. Rahim
Pengalaman:
Menerima pendidikan di sekolah berprestasi tinggi SM(P) Sri Aman di PJ
Pensyarah


boleh dibeli melalui  Prof Madya Dr. Kamarolzaman Hj. Mohd Jidi (UTHM)
RM45
Tingkat 4 (bilik no.15)
hp:016-7247578

Sunday, December 16, 2012

::cikgu & blog::

sedang mencari2 maklumat untuk dishare tetibe jumpe cerita "Mengapa guru perlu ada blog?"




saye translate aje dari sini Every Techer Should Have Blog  very useful website + helping :)

1. guru boleh update info mengenai pengajaran, guru lain boleh tambah folow and get some new idea
2. students also boleh dapat info tentang kelas, aktiviti dan tugasan yg cikgu bg dimana2 jua ->gain motivation
3. ibu bapa boleh lihat maklumat terbaru tentang pendidikan, so they get idea tentang pendidikan sekarang dan cara guru handle class ->gain trust
4. pertukaran maklumat antara guru ->web discussion
oh ye,dlm FB pun boleh :)
5.jika ada students yg x boleh masuk kelas/datang sekolah/masuk sekolah atas sebb tertentu, pelajar masih boleh belajar melalui internet dari blog guru.  Skrang ni bnyk sgt guru-guru yang dah ada blog. more information to come :)
6. paling penting, pelajar akan jadi rajin untuk cari maklumat baru
7. orang lain juga boleh komen dan cikgu boleh buat penambahbaikan dalam pengajaran
-> more people more info, tapi cikgu perlu tahu mana untuk dipercayai+digunakan, base dari resource yg boleh dipercayai Antara like di FB tentang perkara ini

Friday, December 14, 2012

::Teknologi dalam Pengajaran::

kat sini saya list beberapa useful website yang boleh bantu guru-guru dapatkan / gunakan teknologi
"sHarIng is CariNg"

1.50 Education Technology Tools Every Teacher Should Know About
2.Voice Thread  -> website yg cuba membatu pelajar yang x dapat masuk/belajar di kelas normal
3. EdTechTeacher --> listing tools penggunan teknologi untuk cikgu
4.Teachervision  -> senarai bahan teknologi lagi,fuh..banyak rupanye

Thursday, December 13, 2012

::Refleksi Mengajar::

hasil perbentangan kawan2.. ni antara kekerapan bila perbentangan pengajaran (mikro teaching)

1.Penggunaan gambar dalam slide tidak terang, kabut
->mungkin masa download tu, pixel x tinggi hasilnya gambar pecah

2.Perlu tahu fakta (kuasai ilmu)

3. penggunaan warna latarbelakang(background) yang tidak sesuai
->perlu guna CAPSER

4.guru perlu hafal nama penuh pelajar
->pelajar hormat guru+dapat kawal kelas

5. perlu tahu guna papan putih dengan betul
->ada partition.ada tajuk.ada tarikh.ada hari

6.bila bagi nota, perlu highlight KATA KUNCI

7.nada suara yang jelas.Ton suara perlu kawal

8.persediaan video yang mantap.if kene edit video untuk fokus pada certain tempat, sila crop

9.saiz tulisan perlu besar

10. jika guna google translate, perlu betulkan semula ayat.

11.jangan tanyer pelajar tentang pelajaran jika pelajar baru masuk kelas kerana pelajar belum dalam keadaan sedia.

12. Penerapan nilai murni semasa belajar

13.Sila beri pujian yang sepatutnya kepada pelajar

Wednesday, December 12, 2012

::teknik menarik untuk kelas::

 BeCoMiNg CreAtiVe TeaCheR

hasil dari perbentangan proposal kawan2 masa kelas kajian tindakan
yg sy nk list ni menarik perhatian sy :)
walaupun ada kajian tentang ni..tp bila kawan2 propose baru la sy tahu teknik menarik ni ada..thanks kawan2.. making my mind open..n big open

TeaCHeR SUpPose To AwaKen JoY in ClaSS
GuRu seHarusnya meNarik+MeMbinA keseRonOkan daLam KeLas

1. Kad Imbas Poket -> untuk penanda wacana
by: azura latif

2. Big Puzzle Map --> untuk blaja georafi
by:shikin latif
boleh kembangkan lagi untuk kawasan pertanian..

3.model Tanah Liat + Big Map -> blaja geografi dengan menarik
fokus untuk tanah tinggi/banjaran
by: adia the watcher

4. mindMapping ->lukis2 untuk mapkan sejarah
pelajar buat sendiri,tp cikgu kene bg contoh dulu
by:noraini
added: nasrul zairi --> die suh carik software freemindmapping untuk bantu cikgu bina mind map lagi senang
URL: http://www.xmind.net/

5.PKUM & SEPAH ->teknik untuk bahasa melayu kertas 2 (bahan ransangan)
by:izzar idris
pernah buat kat sekolah,tp lebih kepada Isi+hurai+contoh,tp simple punyer la..mmg berjaya..hihi  :D

6.Potongan kertas untuk pecahan
by:faradilla
mmg terbaik la konsep ni.sy pun jadi faham..hihihi

7.Konsep jambatan "T" untuk topik laju, masa dan jarak -> subjek math + sains
by:zuraidah


p/s:harap2 nnt boleh guna untuk kelas :)
Teacher suppose to AWAKEN JOY!!  like this caption :)

Monday, December 10, 2012

::Miskonsepsi::

td masa kelas mikro&makro
sorang kawan buat perbentangan.. ada aktiviti..tajuknya
"Berikan 4 kepentingan rangkaian komputer"

jawapan yang diberi:
1. Pendidikan lebih luas
2. Tanpa sempadan
3. Jimat kos dan kos
4. perkongsian perkakasan dan aplikasi


cube tengok balik jawapan atas...jawapan yang diberi dalam bentuk KELEBIHAN..bukan KEPENTINGAN

dari Dewan Bahasa & Pustaka
maksud kelebihan: sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan;sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan
maksud kepentingan : sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan:mustahak

jadi untuk jawapan KELEBIHAN rangkaian komputer:
  • Merapatkan jurang pendidikan
  • Jimat masa dan kos

jawapan KEPENTINGAN rangkaian komputer:
  • Perkongsian data dan maklumat
  • Perkongsian peranti-peranti komputer
  • Perkongsian perisian
  • Perkongsian talian Internet
so, kene la jelaskan dulu perbezaan dua maksud tu..baru leh bagi latihan.
kalo dalam exam..terus free2 je x dapat markah..oh tidak~  :(

p/s: sendiri tulis, sendiri carik maksud ==> tapi kadang2 sendiri pun konpius  :P
imagre dari: sejutarasamakusu.blogspot.com


rujukan untuk rangkaian komputer:
1. Wikipedia

Saturday, December 8, 2012

::Persediaan Guru::

Selamat Pagi
one of my simple research topic berkaitan dengan  
Amalan Persediaan Guru Sebelum P&P
from my experience kalau teacher x buat homework b4 masuk kelas.. mesti kelas kurang seronok (sbb cam apo pun x tau)
it my personal experience..hihi

why teacher2 kene buat homework dulu ye?
1) tahu apa sebenarnye yg perlu ajar kepada student
2) bila dah tgk silibus, teacher akan carik info banyak2 and bahan belajar yang seronok2 untuk share dengan student
3) dok carik info tu akan buat teacher jadi bnayk ilmu so kiranye dapat menguasai ilmu dengan lebih banyak lagi
4) bila dh penuh ilmu.. motivasi teacher akan automatik naik (smp x sabo2 nk masuk kelas sbb nk share ngn student..sy la tu..huhu..eksited lebey~)
5) dan secara automatik personaliti teacher pun jadi menarik coz nampak matang..mudah tersenyum..mudah di dekati..terus jadi chantek hari tu

oh ye.. teacher jgn lupe buat slide or modul or nota yang chantek2 sbb sgt2 dapat menarik students nk blajar
peta minda lagi senang
masa ajar sejarah (one time dulu)..xpandai nk buat peta minda utk students yang low sikit..huhu
mmg kelas terasa boring sgt sbb students x dapat nk hafal-->catch up -->hambar --> apa pun x paham

thats most valuable lesson i learn => dont ever bg ayat2 yg panjang2  +  mesti SIMPLE+CHANTEK+NICE to see

teacher, pls dont ever pegang kertas masa tgh ajar.. i mean, asik2 nk tgk nota kaki. serius student x respect~ sbb x yakin.hu :( 


image from: http://www.polyvore.com

Friday, December 7, 2012

::Permulaan sebuah blog::

Salam,
hoho. setelah sekian lama meninggalkan taip menaip di blog, akhirnya terjebak jua sekali lagi. suma ni disebabkan oleh pengaruh kawan-kawanku di UTHM. blog lama dah lame delete. xingat dah pun. Misi cuba nk tulis kat blog ni berkait la life skrang~ well mcm nk buat jurnal on9 pun ada..hihi

Pendidik..Pengajar..nape ye ada maksud berbeza?
Mendidik...Mengajar...
banyak je maksud2 ..tp xmau sentuh..tu leh carik sendiri..

anyway, orang kata mendidik tu mesti dengan kasih sayang+penuh emosi supaya student dapat grab ape yang teacher ajaran..

orang kata mengajar ni xde selit2 kasih sayang+emosi,that mean..ajar aje la..student mau or xmau..suka or x suka..terima aje la..redha~

dari pandangan saye pulak..proses mengajar ni kene la juga ada mendidik..sbb kite ni ada tanggungjawab..tanggungjawab membina insan dalam diri insan tersebut..sapo2 la yang kite ajar.. xkisah la ajar sekejap ke ..ajar lama ke..even ajar kawan pun kene ada unsur2 mendidik..

kite ni juga ada tanggungjawab mendidik dan mengajar diri kita juge..