Pages

Saturday, March 23, 2013

::Kelas Relief 3 Ceria::

Aktiviti yang dilakukan "Personality Test"
p/s:guru kene pandai juga tilikan2 ni sbb nk tau the way students think

Cara-cara
1. Lukis 1 gambar haiwan yang disukai
-xkisah mana2 ruang/besar atau kecil

2.nyatakan mengapa suka haiwan tersebut
a)
b)
c)
d)

3.Last buku yang baru sahaja di baca

4.Ape yang menarik tentang buku tersebut
a)
b)
c)
d)


Hasil: aktiviti 1 & 2 => cara pelajar fikir tentang dirinya

aktiviti 3&4=>cara pelajar fikir orang lain tentang dirinya

Wednesday, March 20, 2013

::Kongsi Amalan::


ustaz saya kata:
lepas buang sampah -> nak masuk rumah -> perlu ucap salam->sbb jin suka duduk kat tmpt sampah(busuk)

ustaz saya kata lagi:
semasa kita berjalan jauh->elak dari berenti kawasan tepi hutan atau tempat kotor ->sbb jin suka duduk kat hutan

ustaz saya menambah lagi:
jika ada suami yang minat memancing(Sape2 pun same) -> perlu ucap salam bila masuk rumah -> dan jgn bg die pegang anak / budak kecik bila sampai rumah -> suruh die mandi dahulu ->baru pegang anak/budak kecik

plus, ustaz pesan:
balik dari shopping tu even 5 minit pun ->bg la salam b4 masuk rumah

#hasil LADAP today

Monday, March 18, 2013

::Set Induksi lagi::


td bebual dengan guru cemerlang KH
die kata...
"saye suka cikgu praktikal sbb die kata sedia semua bahan dari A-Z, saya harap sgt guru-guru bole teruskan aktiviti A-Z sampai bile-bile"

"saya sedih tgk guru-guru yg da posting x berapa nk amalkan aktiviti yg tersusun lagi2 after posting - tp faham ade tugas - tp kesian juge kat pelajar -boring dalam kelas"

"yg penting bila memulakan kelas,kene la ade intro,jgn la terus masuk topik"
-sekian

Thursday, March 14, 2013

::Rancangan Mengajar Harian ICTL - Jenis Komputer::


Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar>             Bil. Pelajar:___________  
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk: Storan Komputer

Objektif:
1.menyenaraikan 5 jenis komputer dengan betul

ABBM:
Puzzle Card+label komputer
Slide ppt
komputer yang di lengkapi dengan Mirosoft Power Point
Manila kad + pen marker

Pengetahuan Sedia ada:
telah mempelajari sejarah perkembangan komputer


Aktiviti 
set induksi:


pengajaran:
arah pelajar untuk carik jenis2 komputer dalam internet,tulis di whiteboard
guru bantu pelajar
tulis dalam ppt ciri-ciri komputer dalam ppt
bahagi pelajar kepada kumpulan
pick up puzzle dari sampul

penutup:
pelajar buat rumusan

tugasan:
pelajar diminta melengkapkan tugasan generasi komputer dan jenis komputer
persembahan yang menarik akan dipaparkan dalam VLE Frog

::Rancangan Mengajar Harian ICT-Storan::

Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________

Kelas: <kelas yang diajar>             Bil. Pelajar:___________  

Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk: Storan Komputer



Explain types and functions of :

• primary storage (RAM, ROM)

• secondary storage (magnetic medium optical medium, flash memory)

Objektif
1.menyatakan maksud storan
2.menyenaraikan 3 jenis storan
3.menyatakan ciri-ciri storan
4.menyenaraikan fungsi-fungsi
5.membezakan/membanding storan primer dan sekunder


Pengetahuan Sedia ada:
Pelajar telah mengenali beberapa perkakasan komputer

ABBM
Slide ppt
kad imbas jenis-jenis storan
modul
kad imbas

Nilai
Kerjasama,

Aktiviti
Set induksi
1.pelajar diminta pilih gambar yang dirasakan pendrive/tumdrive/external hard disk (tempat simpan dokumen)-perlu ada gambar mix dengan cpu/printer+dan pelbagai
2.bertanya pendapat kapasiti paling tinggi yang ada
3.guru beritahu tajuk

pengajaran
1.bincang maksud storan & jenis storan
2.bahagi kepada kumpulan
3.setiap kumpulan dapat kertas mahjong,pelajar cari info yang berbeza - bg pelajar pilih sampul utk tugasan..contoh:
  • 1 group utk storan sekunder -spesifik tugas+ website pendidikan (sekolah)
  • 1 group utk kronologi tahun perkembangan kapasiti + video
  • 1 group utk kebaikan+keburukan+isu semasa+etika+undang-undang terlibat
  • 1 group utk teknologi masa hadapan +website syarikat yang akan suggest teknologi
pelajar diberi masa utk menyiapkanpelajar diminta untuk mempersembahkan hasil kajian

penutup afektif:
guru puji setiap ahli telah jalankan tugas
guru merumus


rujukan:
http://www.docstoc.com/docs/20152954/1-Tajuk-Pengenalan-Kepada-Komputer-Objektif-1-Mentakrifkan

::Rancangan Mengajar Ulangkaji::

Rancangan Mengajar Ulangkaji

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar/relief>      Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk:    Ulangkaji

Objektif:
Menyatakan maklumat penting bagi tajuk / soalan berkenaan.
Menganalisis kehendak soalan berkaitan


Pengetahuan Sedia ada:
Meliputi semua konsep yang ada dalam teknik penyoalan seperti soalan bercorak sejauhmanakah, bincangkan, soalan perbandingan dan sebagainya.

ABBM:
Buku teks,buku rujukan, contoh soalan ujian dalam VLE Frog

Pengurusan kelas:


Nilai:
Sistematik,peka,teliti dan fokus

Aktiviti:
Penerangan, perbincangan

1) Guru memberikan soalan berdasarkan contoh soalan SPM tahun-tahun lepas.
2) Guru menggunakan peta dan carta semasa perbincangan supaya pelajar dapat melihat contoh.
3) Pelajar menyalin contoh menjawab soalan dalam kelas.



1) Pelajar meminta masa untuk mengulangkaji dalam kumpulan.
2) Guru memberikan kebenaran untuk pelajar mengulangkaji secara berkumpulan.



1.mengedar kertas latihan ulangkaji kepada pelajar.
2.menjelaskan kehendak soalan kepada pelajar.
3.pelajar menjawab 3 soalan struktur dan satu
soalan esei.



Penutup:
1. Guru menyoal pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari.
2. Pelajar menyatakan pendapat mereka.
3. Guru menyuruh pelajar menggunakan ‘Google Image’ untuk mencari pelbagai peralatan komputer.
4. Pelajar menggunakan enjin carian ‘Google’ dan melalui ‘Google Image’ mencari pelbagai peralatan yang berkaitan dengan komputer.
5. Pelajar dikehendaki memuat-turun kesemua imej peralatan ke satu folder yang terdapat pada skrin komputer masing-masing.


Tugasan:

Menjawab soalan uji minda
Kertas latihan


Refleksi:

70 % Pelajar dapat mengenalpasti maksud diet,menu dan menyenaraikan faktor mempengaruhi diet dan menu

Perbincangan berjalan lancar. Pelajar menjawab setiap soalan dengan baik dan sesuai dengan kehendak soalan.

Ulangkaji berjalan lancar. Bagaimanapun, pelajar masih tidak dapat menjawab setiap soalan dengan baik.

Pelajar mengulangkaji sendiri dalam kumpulan. Guru berpuas hati kerana masa digunakan dengan baik dan pelajar tidak membuat bising. P/p terkawal.

Tuesday, March 12, 2013

::Rancangan Mengajar PBS ICT_Antivirus::

-requested
guideline aje...pepandai la nk pandai

 

Rancangan Mengajar PBS ICT Antivirus

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar>     Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk: Langkah Keselamatan Komputer

Objektif:
S01.1 Menggunakan Prosedur Keselamatan  Antivirus yang betul  
(S01.1 Apply Correct Security Procedures Using Antivirus )


Pengetahuan Sedia ada:
-telah belajar Computer Security Measures
-undang-udang penggunaan komputer di makmal


ABBM:

-Komputer yang Anti-virus "Kapersky"
-Senarai Semak Borang Penilaian "ACF.CW.LA1.S01.1".
-port folio pelajar


Pengurusan kelas:

Nilai:
Sistematik,kerajinan


Aktiviti:

(base kepada guru-if sekolah ada antivirus tu aje)
1) Guru menunjukkan prosedur keselamatan yang betul menggunakan antivirus
2) Pelajar-pelajar mengikuti langkah-demi-langkah.
3) Pelajar diminta mengamalkan prosedur dengan betul sehingga mereka bersedia untuk di taksir oleh guru.

1)The teacher demonstrates the correct security procedures using antivirus
2)The students follow step-by-step.
3) The students practice until they get ready to be accessed by teacher.


(base kepada pelajar-if terpulang kepada pelajar)

1.Ketua kelas diminta mengambil borang penilaian dan diedarkan kepada semua pelajar.

2. pelajar diminta memilih 1 jenis perisian antivirus untuk digunakan dan menulis nama perisian antivirus dalam helaian borang penilaian pada ruang no.1-H1

3.Pelajar diberi arahakan untuk mulakan perisian antivirus dan pilih kawasan yang hendak diimbas iaitu folder _____ dan menulis kawasan yang dipilih dalam helaian borang penilaian pada ruang no.2 - H1

p/s:<senang nk scan-pendrive-or folder my document>

4.Pelajar diminta Scan kawasan yang dipilih dan menyalin ringkasan imbasan (history) dengan cara mencetak skrin (print screen) kedalam microsoft word bagi tujuan mencetak bukti untuk dimasukan kedalam port folio pelajar.

5.Pelajar diminta untuk menulis dalam helaian borang penilaian pada ruang no.3 - H1 sama ada "virus ditemui" atau "virus tidak ditemui"

6.Pelajar dikehendaki memilih dan menggunakan mana-mana atau semua yang berikut apabila virus dikesan - memadam / membuang, membersihkan / menyembuhkan, kuarantin / bergerak ke bilik kebal dan menulis dalam helaian borang penilaian pada ruang no.4 - H1 bagi tindakan yang diambil.



Penutup:
1. Guru menyoal pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari.
2. Pelajar menyatakan pendapat mereka.
3. Guru menerapkan nilai-nilai murni berkaitan dengan etika penggunaan komputer


Tugasan:

Menjawab soalan uji minda



Refleksi

Objektif telah dicapai. Semua pelajar memohon prosedur keselamatan yang betul menggunakan antivirus berjaya.

The objective had been achieved. All students apply correct security procedures using antivirus successfully.





Sumber rujukan:

Norazwanie Aminuddin

::Rancangan Mengajar Sekolah Ganti::

Rancangan Mengajar Sekolah Ganti

Mata Pelajaran:_________________   Tarikh:______(Sekolah Ganti)
Kelas: <kelas yang diajar/relief>      Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa>


Tajuk: Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5


Refleksi    : Penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar tingkatan 5.


::Rancangan Mengajar Perbincangan Peperiksaan::

Rancangan Mengajar Perbincangan Peperiksaan

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar/relief>      Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa>


Tajuk:PERBINCANGAN UJIAN BULANAN II

Objektif:
Membuat pembetulan agar pelajar menyedari dan tidak melakukan kesilapan yang berulang dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan

Melatih pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang nilai / topik yang dibincangkan menerusi pembetulan yang dibuat

Menyatakan pendapat yang bernas & memberikan alasan untuk menguatkan pendapatelatih pelajar menjelaskan pendapat tentang sesuatu perkara yang dibincangkan

Pengetahuan sedia ada:


ABBM:
Buku latihan, kertas soalan Ujian 1, Skema Jawapan Ujian 1

Pengurusan kelas:

Penerapan Nilai
Menghormati guru, usaha,Bertanggungjawab

Aktiviti:
Pelajar membuat semakan, perbincangan dan pembetulan kertas peperiksaan serta pada masa yang sama dibimbing oleh guru

Pelajar dan guru berbincang mengenai soalan-soalan ujian 
Soal jawab antara guru dan pelajar


1.Murid diedarkan dengan kertas jawapanpeperiksaan akhir tahun penulisan.
2.Murid diminta untuk membincang kan soalandan memberikan jawapan mereka .
3.Bincang jawapan bersama-sama.
4.Buat pembetulan jika terdapat kesalahan.
5.Buat pembetulan di dalam buku tulis




Penutup:



Tugasan:


Refleksi
P&P berjalan lancar kerana pelajar dilihat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perbincangan dan pembetulan jawapan kertas peperiksaan mereka


70% pelajar dapat memberikan pendapat & mengenalpasti kesalahan yang dilakukan ketika menjawab soalan
30% pelajar masih memerlukan bimbingan guru untuk menyatakan pendapat sepanjang perbincangan


#Lampirkan Soalan Ujian + Skema Jawapan

::Rancangan Mengajar Harian ICT - Papan Induk::

#dalam proses penambahbaikan..hoho

Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar>             Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk: Komponen Papan Induk Komputer

Objektif:


1 Melabel 6 kedudukan komponen- komponen pada papan induk dengan tepat.

2 Menyenaraikan 6 fungsi komponen-komponen pada papan induk dengan
betul.


Identify the location of the central processing unit (CPU), expansion slots,expansion cards, RAM slots, ports and connectors on the motherboard

State the functions of CPU, RAM, ROM   and expansion slots found on the  motherboard.


Pengetahuan Sedia ada:

Pelajar sudah melihat bentuk komputer yang terdapat di rumah mereka atau di dalam bilik komputer sekolah.
Pelajar sudah mempelajari maksud Sistem Komputer dan Kitaran Pemporsesan Maklumat



ABBM:



1. Carta alat-alat teknologi maklumat. 
2. Set komputer.
3.Kad imbas "Komponen Papan Induk"
4.Latihan interaktif->fungsi,label,lakar
5.Modul Komponen Papan Induk 
6.Lembaran kerja
7.slide ppt  "Motherboard‟
  Pengurusan kelas:


Nilai:
bekerjasama,berdikari

Aktiviti:

Set Induksi

  1. Guru keluarkan komponen komputer untuk menarik perhatian pelajar. Guru menceritakan tentang alat-alat teknologi yang canggih.
  2. Pelajar diminta supaya menyentuh komponen komputer yang berada di hadapan mereka.
  3. Pelajar diminta memberi pendapat.







Pengajaran
  1. Guru menayangkan video pengajaran berkenaan dengan komponen motherboad  kepada murid-murid. 
  2.  Murid menumpukan perhatian terhadap tayangan video pengajaran berkaitan dengan komputer ini
  3. pelajar tulis dalam ruang kosong modul
  4. Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkenaan dengan apa yang telah mereka lihat tadi. 
  5. Beri bimbingan kepada murid-murid yang masih gagal dalam mengenal komponen-komponen komputer.



Penutup:
1. Guru menyoal pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari.
2. Pelajar menyatakan pendapat mereka.
3. Guru menyuruh pelajar menggunakan ‘Google Image’ untuk mencari teknologi terbaru dalam CPU(eg cip terbaru)
4. Pelajar menggunakan enjin carian ‘Google’ dan melalui ‘Google Image’ mencari pelbagai komponen yang berkaitan dengan komputer.
5. Pelajar dikehendaki memuat-turun kesemua imej komponen ke satu folder yang terdapat pada skrin komputer masing-masing.

Tugasan:

Pelajar diminta membuat 1 video klip mengenai teknologi CIP terkini

Kertas latihan


Refleksi
Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Pelajar mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul mengetahui spesifikasi CPU dan pemasangannya

The objective had been achieved. The students can identify the parts and components of the motherboard after do exercise.


Rujukan Guru:
http://ishakothman.tripod.com/htm

http://cikgumasita.blogspot.com/



Friday, March 8, 2013

::Refleksi kelas jumaat::

situasi dalam kelas hari jumaat

sedang relief dan berjalan2 melihat kawasan(pelajar yg tgh study-tp belek2 buku sejarah bnyk kali-xtau ape die baca)

awk buat ape tu
study buku cikgu
oh~faham ke tu..sampai kemek2 kertas tu haa
xfaham cikgu
erk.ok ok... jap lagi cikgu tnyr awk 4 tamadun awl tu ek (terus berjalan)
nnt cikgu ..nnt,saya tgk dulu
hahaah(tgk je?)

dah pusing satu kelas..go back kat pelajar td

ha,tgk buku math ek?
iye cikgu
tgk je ke?saya tnyr bole?
bole,math easy cikgu..no problem
ok sy tnyr 3x^2 - 2x -p ...ok jwpan p ape ek?
oh ini macm add math cikgu
pulak dah,add math ke?..saye kat U dulu teror la add math
eh,cikgu ada lagi ke add math? alaa,xbest la cikgu
ade,math x pernah lari dari kehidupan awk
oh,xnak la masuk U cikgu, saya masuk Kolej xxx
erk..adoi~ U tu same je macam Kolej xxx
xsama cikgu
iye same..
ala....

p/s:aaaaaa,xreti nk komen-help
 

Wednesday, March 6, 2013

::Rancangan Mengajar Harian Ujian/Peperiksaan::



Rancangan Mengajar untuk Persediaan Latihan Mengaja

Rancangan Mengajar Ujian/Peperiksaan

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar/relief>      Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa>


Tajuk:    Ujian 1 (Mac)/ Peperiksaan Semester 1

Objektif:
Menyedari dan sentiasa peka kepada kehendak soalan yang dikemukakan

Menguji kefahaman sertakebolehan para pelajar bagi sesi pembelajaran pertengahan penggal

1. Menjawap soalan dengan tekun.
2. Mengetahui kelemahan mereka dalam soalan yang di nilai.

Pengetahuan Sedia ada:
Merangkumi soalan-soalan ___________________

ABBM:
kertas soalan Ujian 1 bagi <subjek>

Pengurusan kelas:
pelajar duduk di tempat yang diarahkan

Nilai:
bertanggungjawab,Rasional, berdikari, rajin.

Aktiviti:

1. Guru mengarahkan pelajar bersiap sedia untuk menjalani peperiksaan.
2. Guru mengagihkan soalan kepada para pelajar
3. Murid menjawab soalan dalam masa yang telahditetapkan
4. Guru mengawasi peperiksaan.
5. Guru mengumpul kertas jawapan dan soalan setelah tamat peperiksaan dijalankan



Penutup:
1.Guru mengarah pelajar untuk berhenti menulis
2.Pelajar diminta untuk menyemak nama dan kelas pada helaian jawapan
3.Pelajar diminta untuk meletakkan kertas soalan dan jawapan di kiri meja
4.guru mengutip kertas soalan dan jawapan pelajar
5.guru menyemak bilangan kertas soalan dan membandingkan dengan kehadiran pelajar.
6.Pelajar dibenarkan keluar dari kelas

Tugasan:
guru meminta Ulangkaji ujian akan datang

Refleksi
Peperiksaan berjalan lancar

**P&P akan disambung selepas peperiksaan

Mengawasi kelas peperiksaan ( BAHASA MELAYU).

Catatan:
~ Jadual pengawasan adalah mengikut jadual peribadi guru ~

----------------------sumber dari rakan UTHM------------------


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (UJIAN/PEPERIKSAAN)

Mata Pelajaran             : _________________       Tarikh              _________________
Kelas /Tingkatan          : _________________       Bil Pelajar        : _________________
Tempat                        _________________             Masa                : _________________

Tajuk :
Peperiksaan Akhir xxx

Objektif :

(I)             Pelajar dapat menjawab soalan xxx dalam suasana yang kondusif.
(II)            Pelajar dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan xxxx dalam jawapan peperiksaan.
(III)           Pelajar dapat menjawab Peperiksaan Akhir xxx mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan  oleh pihak sekolah.

Alat dan Bahan Bantu Mengajar (ABBM ):

 (I)          Kertas soalan xxxx
 (II)         Kertas jawapan xxxx
 (III)        Jam dinding.
 (IV)       Benang.
 (V)        Borang kehadiran menduduki peperiksaan.
 (VI)       Sampul kertas jawapan.

Pengetahuan Sedia ADA :

(I)             Pelajar-pelajar telah mengikuti matapelajaran xxxxx
(II)            Pelajar-pelajar pernah menduduki peperiksaan di SMK xxx

Langkah-langkah Keselamatan :

  1. Memastikan arahan seperti ’SENYAP PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN’ dipamerkan di luar Dewan Peperiksaan.
  2. Memastikan kerusi dan meja diatur mengikut prosedur dan peraturan peperiksaan Politeknik Seberang Prai
  3. Memastikan bahan-bahan berbentuk nota dan yang berkaitan dengan peperiksaan tidak dibawa masuk ke dalam Dewan Peperiksaan. 


Nilai Murni Yang DITERAPKAN :
Menepati masa, Gigih, berusaha bersungguh-sungguh, yakin dengan diri sendiri, jujur kepada diri sendiri


SESI PENGAJARAN :
Masa
(min)
Isi Pelajaran
Objektif
Aktiviti Pengajaran/pembelajaran

Catatan
15 Minit
SEBELUM PEPERIKSAAN
1.   Jadual Waktu
      Peperiksaan
2.   Buku soalan
3.   Kertas jawapan
4.   Benang
5.   Jam dinding
6.   Borang kehadiran  
      pelajar
7.   Papan tanda
     
’SENYAP
      PEPERIKSAAN
      SEDANG
      DIJALANKAN’.


  • Mematuhi Peperiksaan Akhir mengikut prosedur dan peraturan peperiksaan peringkat sekolah



  • Mengambil dokumen peperiksaan daripada Setiausaha Peperiksaan
  • Mengambil buku soalan dan kertas jawapan
  • Mengambil bahan-bahan peperiksaaan  seperti benang ,jam dan tali.
  • Memastikan dewan peperiksaan mematuhi prosedur peperiksaan
  • Menulis nama ,kod matapelajaran  dan masa peperiksaan di papan putih
  • Mengarahkan pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaranmasuk dan duduk di dewan peperiksaan
  • Memberi taklimat dan arahan peperiksaan kepada pelajar


§  
2 jam
SEMASA
PEPERIKSAAN
1.   Buku soalan 
2.    Kertas jawapan
3.   Borang kehadiran
      pelajar
4.   Pengawasan
      peperiksaan
5.   Pengumuman 
      masa tamat
·         Menjalankan peperiksaan dalam suasana yang kondusif dan tenang, agar pelajar dapat mengaplikasikan ilmu dalam menjawab peperiksaan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang mengikut masa yang ditetapkan.


·         Mengedarkan kertas jawapan kepada pelajar-pelajar
·         Mengarahkan pelajar menulis butiran diri pada kertas jawapan
·         Mengedarkan kertas soalan
·         Menbacakan arahan pada kertas soalan 
·         Mengumumkan peperiksaan bermula
·         Mengambil kehadiran pelajar
·         Membuat rondaan dan berdiri di setiap penjuru dewan selama 10 minituntuk pemantauan.
·         Mengumumkan masa akan tamat 15 minit sebelum tamat.

§ Memastikan semua pelajar telah mendapat kertas soalan  dan kertas  jawapan










§ 30 minit,10 minit dan masa tamat
15 Minit
SELEPAS PEPERIKSAAN

1.   Susun kertas
      jawapan
2.   Ikat kertas jawapan  
3.   Pungut kertas
      jawapan

  • Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan peperiksaaan dipatuhi.
  • Mengarahkan pelajar menyemak dan menyusun kertas jawapan
  • Mengarahkan pelajar mengikat kertas jawapan
  • Memungut kertas jawapan
  • Menyusun dan mengikat skrip-skrip jawapan pelajar
  • Mengarahkan pelajar-pelajar keluar dari dewan peperiksaan
  • Menyerahkan skrip jawapan dan dokumen peperiksaan kepada setiausaha peperiksaan

Kertas jawapan perlu akur dengan bilangan pelajar.


Tugasan:
Pensyarah menasihati dan mengingatkan pelajar-pelajar supaya mengulangkaji matapelajaran Matematik (Kertas 1) sebagai persediaan peperiksaan pada hari esok.

Refleksi Pelatih:

Peperiksaan berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang tenang. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik semasa peperiksaan berlangsung.
 --------------------------------------------------------------------------