Pages

Sunday, December 8, 2013

Homestay area Shah Alam

Hoho...today rajinkan diri mencari homestay kat shah alam pula..coz my better haf will stay sane with his family.
so, sambil2 tu..update blog pasal homestay, hopefully dapat bantu org lain jugak kan

(p/s: mane la tau kot2 dpt diskaun dari owner homestay sbb tlg promo gak..wieeee..hahaha)

Homestay RINTIS
Putramas Seksyen 7

tel : +6012-2050905
email : rintisimages@gmail.com
location : Bukit Bandaraya Bangsar

URL: http://rintisimages.blogspot.com/

Homestay shah alam seksyen 27
Rumah teres 2 tingkat
Harga: 350/hari
Sila hubungi --> IDRIS : 0162205490/ NORAINI : 0178820218

URL:http://www.jomstay.com/view-5611-homestay-shah-alam-seksyen-27.html

Flat Proton Seksyen 27 Shah Alam Selangor
Price: RM 120
Flat Tingkat 1, 2 bilik besar dengan 1 bilik air.
Hubungi Hamzah 012-3190579 , 013-2496289
sewa harian( hari biasa RM120 hujung minggu RM150), mingguan RM500, bulanan RM1200
url:http://www.mudah.my/Homestay+Termurah+Shah+Alam+Seksyen+27+Proton-23349135.htm

An-Najah Homestay Shah Alam
price:RM 190
Rumah Banglo setingkat dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur masak, peti ais, dan tv.

hubungi:
Hj Mat : 0192310070
Hjh Siti : 0162256457

Alamat:
No 221, Jalan Bunga Tanjung 2B, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam

URL:http://www.mudah.my/An+Najah+Homestay+Shah+Alam-20237890.htm

Evergreen Homestay
sewaan bilik-bilik, rumah dan condominium dgn sewaan bilik serendah RM38 sehari

Hubungi  013-9591591 (Qiasatina) atau  012-2362244 (Amar)

Alamat :
No 59 Jalan Nelayan 19/A,Seksyen 19,40400 Shah Alam Selangor
URL:http://www.shahalamhomestay.com

Hannah's Guest House, Shah Alam
3 hari 2 malam hanya:
~  hari biasa RM 450
~  hari minggu RM 550

dihubungi:-
03-55100306/013-6676036 (Hidayat)
019-2503515 (Hayati)
Email- hannahguesthouse@gmail.com

NO 15, Jalan Congkak 11/1D,40100 Shah Alam,Selangor, Malaysia

URL:http://hannahguesthouse.blogspot.com/2012/07/hannahs-guest-house-shah-alam.html

Rahmah Hasnah Homestay 
RM280 semalam
rumah semi-D

Jalan Pegaga U12/2b, Desa Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Pertanyaan Dan Tempahan SMS SAHAJA >> Haji Shamsul : 013-2322884

url:http://rahmahhasnahhomestay.blogspot.com/2013/04/untuk-muslim-sahaja-terima-kasih.html

D'SALJU HOMESTAY
rumah teres 2 tingkat (corner lot)
RM 350 (1 MALAM)

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN :
AZHAR 0163311469 (call,msg or whatsup)
NIZA 0163221469 (msg & whatsup)

Address :
no. 80 jalan pegaga u12/7, desa alam40000, shah alam
Selangor

MIMILALA Homestay
Tel No : 0133509219
Rate / Night* : RM 290

Address :
No. A-1-11, Kristal Height Apartment,Jalan Kristal 7/70G, Seksyen 7,40150, Shah Alam,Selangor

Zulysya R&R (Homestay) Indahria 

Contact Details
Tel No : 0122514266
H/P No : 0107813992
Rate / Night* : RM 200

Address :
Persiaran Jubli Perak
Batu 3 Seksyen 22
40300, Shah Alam
Selangor

Tuesday, November 12, 2013

Hantar borang kebenaran Nikah

#hantar borang nikah #hulu langat #lokasi
#PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT #pejabat agama


salam readers,


hoho, xbnyk prosedur utk hantar just make sure


1) yg part lelaki dah settle - perlu submit di daerah tmpt die bermastautin/tinggal

2) dah dpt surat kebenaran dari pihak lelaki -> baru boleh settlekan borang pihak perempuan -> di daerah tmpt anda akan akad nikah
 *sila buat 1 copy utk simpanan kite  (selepas selesai cop depan imam/yg berkuasa)


p/s: utk yg hulu langat amek masa 2 hari if dieorg bz. if x bz,1 hari pon bole dapat




jadi utk yg berada di daerah Hulu Langat perlu hantar ke:



Kompleks Islam Daerah Hulu Langat
Lot 29995, Jalan Kemajuan, Seksyen 16, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor


Koordinat: 

2.940352, 101.762407
(Di belakang Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi)

Telefon: 

03-89221329

Waktu Operasi: 

Isnin - Khamis: 8.15 pagi - 1.00 petang, 2.00 petang - 5.00 petang 
Jumaat: 8.15 pagi - 12.00 tengah hari, 2.45 petang - 5.00 petang 


copy from:http://bbbangi.my/direktori/listings/view/bandar-baru-bangi/99-pejabat-majlis-agama-islam-daerah-hulu-langat



ni la map die..maafkan saye kalo buruk.huhu


Friday, October 18, 2013

Refleksi Jurnal - Amalan Reflektif Guru

Dah lama x meneroka refleksi jurnal hasil carian rakan2 di online..hari ni datang mood utk baca sikit ape yg boleh ditambah/refresh/baru otak ni..yela da nk interviewkan
huu, plus dgn rasa yg x berapa sihat ni..dugaan~

Strategi Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalime Diri Guru.

1. guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
2. Amalan refleksi- memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri selain dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran merekadengan efektif
3. pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri
4. penyelidikan tindakan
5. konsep “Belajar Seumur Hidup”
6. perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru(PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu

boleh ditingkatkan melalui amalan sistem pementoran di sekolah-sekolah

URL: http://merahjambusakura.blogspot.com/2013/04/contoh-tugasan-ulasan-kritikal-jurnal.html

Tugasan Pelajar

Contoh-contoh tugasan sampingan untuk pelajar - elak dari boring tp berilmiah

1.Mencipta Kalender untuk kelas/kelab/persatuan
2. Mencipta pepohon dari bahan terbuang
3. Menghasilkan Movie dari MovieMaker

url: Kelab Komputer SMKGC

Blog and Information Management

url defination:http://en.wikipedia.org/wiki/Information_management

Information management (IM) is the collection and management of information from one or more sources and the distribution of that information to one or more audiences.


Blog->blogger & glogster(new & interactive)
1. integrate with cloud storage - dropbox
2. update regular event photo -fb plugin
3.upload questionnair using google docs
4.answer question(test/exam)  using google docs
5.integration with Padlet - everyone can see anyones answer-but cannot edit others
example:plan layout for project
6.online printing using cloud printing

Wednesday, October 16, 2013

Homestay Ampang

Today nak post pasal homestay area ampang
kawasan berkaitan Taman Kosas, Sri Watan, Kg. Melayu, Lembah Jaya

1. Taman Kosas 3 - En. Zul

No.2, Jalan 3/4, Taman Kosas
019 - 9816 220 // 019- 2491476
Deposit RM100
Perday RM200

2. Homestay Ampang - Kak Ina

156, Lorong Merbau 2, Kg. Melayu Ampang
012-942 2503
ada 2 rumah:
a) 1 tingkat atas
b)1 tingkat bawah..tingkat atas rm250

FB: Ampang Homestay 

setiap rumah ada 4 bilik suma ada ekon, every bilik tdo ada 2 katil 1 tilam, 3 bilik air 1 dapur 1 ruang tamu,

mmg chantek - view by me,pegi tgk sendiri mmg cun habis

3.My Danish Homestay

ada 2 rumah - kat Taman Kosas 2 ampang
012 - 399 3726
016 - 3314 343
Deposit RM50
Perday RM200

4. Warisan Homestay - Taman Halaman, Ampang

(Taman Sri Watan)
Pn. Aisyah
RM400 wekend
RM300 wekday
019-365 15 13

016 - 338 3002

FB:Warisan Homestay 

5.Homestay Aparment Kasturi 

ada lift
tingkat atas sekali

RM 180 sehari

En Abd Rahim - 0133338181
Pn Zubaidah - 0133948181



6. Homestay Ayu
No 22M, Mezzamine Floor,Jalan Kosas 1/4, Taman Kosas (tingkat 1)
Price: RM 170
AYU 013-6021028
MALEK 019-3215594


FB:Ayu Homestay Taman Kosas Ampang 

7. Homestay Sri Watan
Pn Jamilah 012 - 679 88 78
boleh masuk 20 org
Rm400 weekend  
RM300 weekdays
URL:http://halaman2rjhomestay.blogspot.com/

Wednesday, October 9, 2013

Doodle in making

Wiee..
testing membuat doodle
melihat banyaknye doodle yg comel2 telah memikat hatiku
why not kan? im IT teacher..i should know about this
next time nk ajar anak murid ku how to create doodle mereka sendiri
fun!!

ni contoh hasil first & second time buat doodle muslimah.should polish this skill a lot..


rujukan: Doctor Muda Vs Ustaz Rock

Friday, September 20, 2013

Konvo dan anak

salam semua

topik agak menarik ye kali ni sbb UTHM akan berkonvo pada 5-7 oktober nanti
yg paling best bakal cikgu (ibu2 dan bapak2) yg akan naik kali ke -2 or kali ke-3 nnt..yela suami dah ade..
anak pun da ade..wiee..
saye? otw..hehehe

perbualan bersama ex-rakan sekelas baru sat td membuahkan la ilham untuk tulis..ditambah pulak tgh buat kajian budaya organisasi sekolah dan tahap kepuasan guru..peh~ semata2 kerana interview cikgu nnt..warrgh..

so..nk tulis kat sini la kata2 hikmat perbualan td

p/s: kak esah tu nama pnjng aishah..ahahah..sowie la kak..~ hee

kak esah:Assalam ila..jubah da leh amik sok kan

saye:wsalam..esok?23 baru start.ooo..silap.salah pandang..aha


kak esah:21-27 kan.x saba nk amik esok nih...hihi


saye:ahhaah..mcm2..sbb da ade anak..konvo lagi la tu..uish2..tp bgs sebenarnye...sbb anak2 dapat tgk sendiri mak die blaja dapat pulak anugerah...motivasi didikan yg tinggi.gud gud


kak esah:pe yg mcm2 tuh...tpksa p sok...


saye:uish..ayat best la i tulis..ok post kat blog..wieee


kak esah:bak kate mak mertue i...


saye:ha.ape die kata?


kak esah:konvo da 3 kali kje x lg..kje kumpul sijil je..ahak


saye:ahahahah..xpe..yg penting minda xtertutup..kan..


kak esah:yat pakar motivasi tu..kekek..*ayat


kesimpulannye..yey konvoooo...kali ke-3 tuh.alhamdulillah...
bak kata dalam buku...

semakin tinggi kefahaman terhadap sesuatu perkara semakin tinggi sabar kite..
semakin tinggi kefahaman kite,semakin tinggi nilai tolerensi..

Risalah Hati - Fatimah Syarha

tq ustazah fatimah..u are right...love u books so much ( a gift from my lil sister)
============ buku mesti baca!! =========


Friday, June 28, 2013

Tugasan terbaru

Perhatian kepada pelajar 3 Pintar,4TS1 dan 4AK3 termasuk kelas moral 4AK2/3 dan 4Sc3/4



Sila tekan tab diatas mengikut kelas masing-masing untuk melaksanakan tugas yang diberi.tq

"Mudahkan kerja orang lain, orang lain juga akan mudahkan kerja anda"

Sunday, June 16, 2013

Tugasan 1 (3PTR) : Laman Sesawang

Tugasan 1:
Cari satu (1) sahaja laman web rujukan bagi topik 7 - Elektrik
Anda boleh :
1. memilih mana-mana sub topik dibawah topik 7 bagi memudahkan pencarian anda.
2. memilih laman web bahasa melayu atau bahasa inggeris.

Sila "copy" laman web tersebut dan letak ruang komen dibawah.

Contoh:

Nama kumpulan: Gugurls
Laman web:  https://pinterest.com

Tarikh tutup untuk komen : Ahad (16 Jun 2013) - 12 tengah malam



Hasil tugasan:


1.kumpulan F1R42

http://www.sagadbl.com/2012/08/nota-sains-tingkatan-3-bab-7-elektrik.html

komen guru:okey.tahniah group pertama yang komen :)


2.Kumpulan: fasha

www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=SCI&b=JUL&m=1&t=1&r=m&i=NOTA

komen guru:okey.cikgu terima :)

Tugasan 1 (4TS1): Faedah Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di Sekolah

Tugasan 1 (4TS1) :
"Faedah-faedah Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di Sekolah"

Berdasarkan tajuk di atas, sila berikan:

1 Isi
2-3 baris huraian
1 Peribahasa yang berkaitan

Pastikan anda tidak memberi komen yang sama seperti rakan yang anda yang telah menghantar komen sebelum ini.

Tarikh tutup: Ahad (16/6/2013) - 12 tengahmalam


contoh penulisan:

"Faedah Jiran dalam Kehidupan bermasyarakat"

Isi:Dapat menjanakan kehidupan setempat yang aman dan harmoni
Huraian: Kita boleh memupuk semangat kejiranan dengan mengadakan majlis gotong-royong dan membersihkan kawasan kampung.
Peribahasa: Bagai Aur Dengan Tebing

Hasil Tugasan:

1.FANTASTIC GIRL

ISI: DAPAT MELAHIRKAN ATLET SUKAN
HURAIAN: SUDAH TERLALU BANYAK MODAL YANG DIBELANJAKAN,NAMUN KEJAYAAN ATLET NEGARA AMAT MENYEDIHKAN
PERIBAHASA: KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAH DAPAT SAGUNYA

komen guru :
maksud peribahasa:Cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.
jadi semasa huraian,kumpulan anda perlu fokus usaha mendidik sejak murid dalam sukan perlu bermula sejak di bangku sekolah

2.Le Girls

Isi: Untuk memastikan setiap pelajar ada sukan.
Huraian: Zaman kini, murid-murid makin mengabaikan aktiviti-aktiviti sukan di sekolah. Dengan adanya sukan pada setiap pelajar maka kesihatan para pelajar akan meningkat dan proses pembelajaran mereka akan bertambah.
Peribahasa: Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

komen guru:
maksud peribahasa: Setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan sempurna

boleh tambah huraian->fokus kepada usaha kementerian memastikan semua pelajar menyertai sukan.hasilnya, kesihatan pelajar terjamin


3.Vespa HJ Samad!

Isi : Untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Huraian : Memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Peribahasa :Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

komen guru:ade ye peribahasa bara yang digenggang biar sampai jadi arang?salah susun ayat tu.
komen pelajar:Adalah cikgu . Saya tengok dalam internet ni .
komen guru:okey.sy pun ade lihat di internet berkaitan peribahasa yang awk jumpa.sy akan pastikan kesahihan peribahasa yg awk guna supaya masing2 x salah jalan :) .okey?

ini dari website Dewan Bahasa & Pustaka

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=genggam&d=11

Peribahasa
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Takrif
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

apa pun tahniah kerana berjaya jawab :)


4.Rainbow & rock(R&R)

Isi:-melahirkan generasi yang sihat dan cergas.
Huraian:-Faedah pelaksanaan 1Murid 1Sukan dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas serta dapat mendidik generasi yang berwawasan dan mempunyai matlamat yang tepat. Seterusnya, dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Selain itu, kita juga dapat seimbangkan darisegi intelek,rohani dan jasmani.
Peribahasa:-Melentur buluh biar dari rebungnya.

komen guru:
maksud peribahasa:Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi
boleh tambah situasi: murid sekolah ramai yang bersaiz besar.obesiti.tidak banyak bergerak.duduk di rumah.akibatnya,boleh melemahkan pemikiran.

Tugasan 1 (4AK3) : FaedahPelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di Sekolah

Tugasan 1 (4AK3) :
"Faedah-faedah Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di Sekolah"

Berdasarkan tajuk di atas, sila berikan:

1 Isi
2-3 baris huraian
1 Peribahasa yang berkaitan

Pastikan anda tidak memberi komen yang sama seperti rakan yang anda yang telah menghantar komen sebelum ini.

Tarikh tutup: Ahad (16/6/2013) - 12 tengahmalam


contoh penulisan:

"Faedah Jiran dalam Kehidupan bermasyarakat"

Isi:Dapat menjanakan kehidupan setempat yang aman dan harmoni
Huraian: Kita boleh memupuk semangat kejiranan dengan mengadakan majlis gotong-royong dan membersihkan kawasan kampung.
Peribahasa: Bagai Aur Dengan Tebing

Hasil Tugasan:

1. -Kump Budak Akaun -

isi: melalui Aktiviti ini pelajar dapat meluangkan masa dengan perkara yang berfaedah
Huraian: Aktiviti ini juga dapat mengelakan pelajar daripada melibatkan diri dalam gejala-gejala sosial seperti Vandalisme
peribahasa: Sebelum Nasi Menjadi Bubur

komen guru:peribahasa awak ini salah penggunaanya.Ini peribahasa yang betul.

Peribahasa
Nasi sudah menjadi bubur.
Takrif
Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat).

sila cari peribahasa yang sesuai ye

komen pelajar:Pembetulan Peribahasa: Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
komen guru:maksud:Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.okey,diterima


2.-kumpulan YCF-

isi:Faedah melaksanakan aktiviti '1 murid 1 sukan' ialah aktiviti ini boleh menyihatkan badan.
huraian :Dalam zaman ini, banyak orang tiada masa lapang untuk buat bersenam,ia akan menjejaskan kesihatan kita.Oleh itu,aktiviti ini boleh membantu murid menyihatkan badan.
melaksanakan aktiviti ini ia akan membantu murid berminat akan bersukan .Kita perlu menyeimbangkan kokurikulum supaya seimbang dalam rohani dan jasmani.
peribahasa :'Bagai otak cegas , minda cerdas '

komen guru:isi anda bagus tetapi peribahasa anda tidak betul.
sila cuba sekali lagi

3.KUMPULAN-[WE ARE KHAN'S]

isi>Faedah melaksanakan aktiviti '1 murid 1 sukan' ialah aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim sesama pelajar-pelajar di negara kita.Selain itu,kita dapat mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang sukan ini dan juga dapat menyihatkan tubuh badan.Kita juga dapat menghirup udara segar dengan menjalankan akitivti ini pada awal pagi.
huraian>Dengan cara ini sekolah akan maju bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi kokokurikulum.
peribahasa> MALAYSIA BOLEH.

komen guru:isi anda bagus, tetapi tiada peribahasa "Malaysia Boleh".sila cari peribahasa yang sesuai

Wednesday, June 12, 2013

Perhatian kepada pelajar 3 Pintar,4TS1 dan 4AK3


Perhatian: Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi bagi melengkapkan tugasan.



Sila tekan tab diatas mengikut kelas masing-masing untuk melaksanakan tugas yang diberi.tq

"Mudahkan kerja orang lain, orang lain juga akan mudahkan kerja anda"

Wednesday, June 5, 2013

Fruit Infused Water a.k.a buah rendam dalam air

haha..lawak bile translate,apekan daya


terpaksa buat sbb tgk buah x bergerak...~bekas kecil2 tu utk angah sbb die sgt la suka minum air limau


sesuai utk merajinkan diri minum plain water (air kosong)

Step:

1.pilih aje buah2 yg anda suka(yg mcm x bergerak dalam peti ais..hehe)
2.potong nipis2
3.masuk dalam bekas yg transperent (utk terujakan org yg xmkn buah..hee..psiko)
4. taruk air masak..biar semalaman

nk best lagi tnyr en.google..just type Fruist infused water.mc2m2 cara ada 



rujukan:
1. http://theblondecancook.com/2013/01/fruit-infused-water/
2.http://www.theyummylife.com/Flavored_Water





Saturday, June 1, 2013

Perjalanan Mudah ke LCCT

ohoo.susahkan jika xde org hantar ke LCCT?so this is the easier way.

saya dh test perjalanan pada tahun 2010 and latest 27 Mei 2013.it still da same.n make my travel senang sgt2.hee

perjalanan anda merangkumi:

ERL Bandar Tasik Selatan / ERL Putrajaya --> turun ERL Bandar Salak Tinggi --> naik bus shuttle LCCT -->smp di LCCT


1. naik ERL contoh di Bandar Tasik Selatan or Putrajaya
2. btau kaunter nk ke LCCT
3. nnt die akan bg tiket ERT + bus shuttle ke LCCT  (total lebih kurang rm12.50)
4. dah siap.boleh la naik dgn senang lenang


Budget masa dari:
ERL Bandar Tasik Selatan -->  ERL Bandar Salak Tinggi   (1/2 jam)
ERL Bandar Salak Tinggi   --> naik bus shuttle LCCT          ( 15 minit)

Masa menunggu di
ERL Bandar Tasik Selatan jarum di 9 or di 3  contoh pukul 9.45  / 9.15
ERL Putrajaya jarum di 5 or di 7  contoh pukul  5.05  / 5.35
ERL Bandar Salak Tinggi di 10 or 5


if dari LCCT ke ERL pun cam jugak laluan die
kat LCCT ada signbod shuttle LCCT ->ERL (situ ada kaunter kecik tepi jalan)

sorry, x clear

camera canggih smp x clear..huhu

kredit to : jarimanistravel.blogspot.com
kredit to :sato17.blogspot.com


Tuesday, May 7, 2013

::Penginapan di sekitar UTHM::

kredit kepada website:http://pi.uthm.edu.my/seminar_qiraat/index.php/tentatif-program/2-uncategorised



PENGINAPAN

WRITTEN BY SUPER USER. POSTED IN UNCATEGORISED

Sepanjang Seminar, para peserta akan ditempatkan di Asrama Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan pengangkutan iaitu bas untuk ke tempat seminar akan disediakan. Bagi yang ingin menyewa homestay/ hotel, disini dilampirkan senarai homestay/hotel yang ada disekitar UTHM.
  1. D'impian Inn, Parit Raja. (Untuk maklumat lanjut sila klik)
  2. Harmoni Inn, Pura Kencana, Parit Raja. (Untuk maklumat lanjut sila klik)
  3. Homestay Haji Esmon, Lorong Hj. Sarji, Parit Raja. (Untuk maklumat lanjut sila klik)
  4. Homestay Hj. Sulaiman, Parit Sikun, Parit Raja. (Untuk maklumat lanjut sila klik)
  5. Homestay Taman Universiti, Parit Raja. (Untuk maklumat lanjut sila klik sini dan sini)
  6. Homestay Taman Parit Raja 2, Parit Raja. (Untuk maklumat lanjut sila klik)
  7. Homestay Taman Wira Jaya, Parit Raja. (Untuk maklumat lanjut sila klik)
  8. Homestay Seri Sepakat, Parit Sempadan, Parit Raja. (Untuk maklumat lanjut sila klik)
  9. H&S Homestay in Batu Pahat, Pura Kencana (019-7266235- Hj Sani)
  10. Hotel Mokri's, Pura Kencana (07-4556622)
  11. Golden Pearl Hotel, Pura Kencana (07-4556280)
  12. Rumah Rehat, No 3, Taman Parit Raja, Parit Raja (010-7187841)
  13. D' Mendes & Hirana Homestay Concept, belakang Petronas Parit Raja (074544677/ 074541494)

Tuesday, April 23, 2013

Pc Asembling (Pemasangan PC) - Tahap 1 (pengenalan)

Pc Asembling (Pemasangan PC) - Tahap 1 (pengenalan)

objektif:
Memasangakan komponen komputer menggunakan kerangka sistem unit
Mengenalpasti perkakasan utama dan lokasi komponen bagi pemasangan komputer dengan betul

Memasang set PC dengan lengkap serta Installasi perisian 
Menyediakan konfigurasi yang tepat supaya sistem operasi dan perisian berfungsi dengan baik Malaksanakan pemasangan perisian komputer.


penyampaian isi:
Laksanakan Pemasangan Perkakasan Komputer
 Laksanakan Pemasangan Kad Rangkaian Komputer

Monday, April 1, 2013

Saturday, March 23, 2013

::Kelas Relief 3 Ceria::

Aktiviti yang dilakukan "Personality Test"
p/s:guru kene pandai juga tilikan2 ni sbb nk tau the way students think

Cara-cara
1. Lukis 1 gambar haiwan yang disukai
-xkisah mana2 ruang/besar atau kecil

2.nyatakan mengapa suka haiwan tersebut
a)
b)
c)
d)

3.Last buku yang baru sahaja di baca

4.Ape yang menarik tentang buku tersebut
a)
b)
c)
d)


Hasil: aktiviti 1 & 2 => cara pelajar fikir tentang dirinya

aktiviti 3&4=>cara pelajar fikir orang lain tentang dirinya

Wednesday, March 20, 2013

::Kongsi Amalan::


ustaz saya kata:
lepas buang sampah -> nak masuk rumah -> perlu ucap salam->sbb jin suka duduk kat tmpt sampah(busuk)

ustaz saya kata lagi:
semasa kita berjalan jauh->elak dari berenti kawasan tepi hutan atau tempat kotor ->sbb jin suka duduk kat hutan

ustaz saya menambah lagi:
jika ada suami yang minat memancing(Sape2 pun same) -> perlu ucap salam bila masuk rumah -> dan jgn bg die pegang anak / budak kecik bila sampai rumah -> suruh die mandi dahulu ->baru pegang anak/budak kecik

plus, ustaz pesan:
balik dari shopping tu even 5 minit pun ->bg la salam b4 masuk rumah

#hasil LADAP today

Monday, March 18, 2013

::Set Induksi lagi::


td bebual dengan guru cemerlang KH
die kata...
"saye suka cikgu praktikal sbb die kata sedia semua bahan dari A-Z, saya harap sgt guru-guru bole teruskan aktiviti A-Z sampai bile-bile"

"saya sedih tgk guru-guru yg da posting x berapa nk amalkan aktiviti yg tersusun lagi2 after posting - tp faham ade tugas - tp kesian juge kat pelajar -boring dalam kelas"

"yg penting bila memulakan kelas,kene la ade intro,jgn la terus masuk topik"
-sekian

Thursday, March 14, 2013

::Rancangan Mengajar Harian ICTL - Jenis Komputer::


Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar>             Bil. Pelajar:___________  
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk: Storan Komputer

Objektif:
1.menyenaraikan 5 jenis komputer dengan betul

ABBM:
Puzzle Card+label komputer
Slide ppt
komputer yang di lengkapi dengan Mirosoft Power Point
Manila kad + pen marker

Pengetahuan Sedia ada:
telah mempelajari sejarah perkembangan komputer


Aktiviti 
set induksi:


pengajaran:
arah pelajar untuk carik jenis2 komputer dalam internet,tulis di whiteboard
guru bantu pelajar
tulis dalam ppt ciri-ciri komputer dalam ppt
bahagi pelajar kepada kumpulan
pick up puzzle dari sampul

penutup:
pelajar buat rumusan

tugasan:
pelajar diminta melengkapkan tugasan generasi komputer dan jenis komputer
persembahan yang menarik akan dipaparkan dalam VLE Frog

::Rancangan Mengajar Harian ICT-Storan::

Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________

Kelas: <kelas yang diajar>             Bil. Pelajar:___________  

Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk: Storan Komputer



Explain types and functions of :

• primary storage (RAM, ROM)

• secondary storage (magnetic medium optical medium, flash memory)

Objektif
1.menyatakan maksud storan
2.menyenaraikan 3 jenis storan
3.menyatakan ciri-ciri storan
4.menyenaraikan fungsi-fungsi
5.membezakan/membanding storan primer dan sekunder


Pengetahuan Sedia ada:
Pelajar telah mengenali beberapa perkakasan komputer

ABBM
Slide ppt
kad imbas jenis-jenis storan
modul
kad imbas

Nilai
Kerjasama,

Aktiviti
Set induksi
1.pelajar diminta pilih gambar yang dirasakan pendrive/tumdrive/external hard disk (tempat simpan dokumen)-perlu ada gambar mix dengan cpu/printer+dan pelbagai
2.bertanya pendapat kapasiti paling tinggi yang ada
3.guru beritahu tajuk

pengajaran
1.bincang maksud storan & jenis storan
2.bahagi kepada kumpulan
3.setiap kumpulan dapat kertas mahjong,pelajar cari info yang berbeza - bg pelajar pilih sampul utk tugasan..contoh:
  • 1 group utk storan sekunder -spesifik tugas+ website pendidikan (sekolah)
  • 1 group utk kronologi tahun perkembangan kapasiti + video
  • 1 group utk kebaikan+keburukan+isu semasa+etika+undang-undang terlibat
  • 1 group utk teknologi masa hadapan +website syarikat yang akan suggest teknologi
pelajar diberi masa utk menyiapkanpelajar diminta untuk mempersembahkan hasil kajian

penutup afektif:
guru puji setiap ahli telah jalankan tugas
guru merumus


rujukan:
http://www.docstoc.com/docs/20152954/1-Tajuk-Pengenalan-Kepada-Komputer-Objektif-1-Mentakrifkan

::Rancangan Mengajar Ulangkaji::

Rancangan Mengajar Ulangkaji

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar/relief>      Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk:    Ulangkaji

Objektif:
Menyatakan maklumat penting bagi tajuk / soalan berkenaan.
Menganalisis kehendak soalan berkaitan


Pengetahuan Sedia ada:
Meliputi semua konsep yang ada dalam teknik penyoalan seperti soalan bercorak sejauhmanakah, bincangkan, soalan perbandingan dan sebagainya.

ABBM:
Buku teks,buku rujukan, contoh soalan ujian dalam VLE Frog

Pengurusan kelas:


Nilai:
Sistematik,peka,teliti dan fokus

Aktiviti:
Penerangan, perbincangan

1) Guru memberikan soalan berdasarkan contoh soalan SPM tahun-tahun lepas.
2) Guru menggunakan peta dan carta semasa perbincangan supaya pelajar dapat melihat contoh.
3) Pelajar menyalin contoh menjawab soalan dalam kelas.



1) Pelajar meminta masa untuk mengulangkaji dalam kumpulan.
2) Guru memberikan kebenaran untuk pelajar mengulangkaji secara berkumpulan.



1.mengedar kertas latihan ulangkaji kepada pelajar.
2.menjelaskan kehendak soalan kepada pelajar.
3.pelajar menjawab 3 soalan struktur dan satu
soalan esei.



Penutup:
1. Guru menyoal pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari.
2. Pelajar menyatakan pendapat mereka.
3. Guru menyuruh pelajar menggunakan ‘Google Image’ untuk mencari pelbagai peralatan komputer.
4. Pelajar menggunakan enjin carian ‘Google’ dan melalui ‘Google Image’ mencari pelbagai peralatan yang berkaitan dengan komputer.
5. Pelajar dikehendaki memuat-turun kesemua imej peralatan ke satu folder yang terdapat pada skrin komputer masing-masing.


Tugasan:

Menjawab soalan uji minda
Kertas latihan


Refleksi:

70 % Pelajar dapat mengenalpasti maksud diet,menu dan menyenaraikan faktor mempengaruhi diet dan menu

Perbincangan berjalan lancar. Pelajar menjawab setiap soalan dengan baik dan sesuai dengan kehendak soalan.

Ulangkaji berjalan lancar. Bagaimanapun, pelajar masih tidak dapat menjawab setiap soalan dengan baik.

Pelajar mengulangkaji sendiri dalam kumpulan. Guru berpuas hati kerana masa digunakan dengan baik dan pelajar tidak membuat bising. P/p terkawal.

Tuesday, March 12, 2013

::Rancangan Mengajar PBS ICT_Antivirus::

-requested
guideline aje...pepandai la nk pandai

 

Rancangan Mengajar PBS ICT Antivirus

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar>     Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk: Langkah Keselamatan Komputer

Objektif:
S01.1 Menggunakan Prosedur Keselamatan  Antivirus yang betul  
(S01.1 Apply Correct Security Procedures Using Antivirus )


Pengetahuan Sedia ada:
-telah belajar Computer Security Measures
-undang-udang penggunaan komputer di makmal


ABBM:

-Komputer yang Anti-virus "Kapersky"
-Senarai Semak Borang Penilaian "ACF.CW.LA1.S01.1".
-port folio pelajar


Pengurusan kelas:

Nilai:
Sistematik,kerajinan


Aktiviti:

(base kepada guru-if sekolah ada antivirus tu aje)
1) Guru menunjukkan prosedur keselamatan yang betul menggunakan antivirus
2) Pelajar-pelajar mengikuti langkah-demi-langkah.
3) Pelajar diminta mengamalkan prosedur dengan betul sehingga mereka bersedia untuk di taksir oleh guru.

1)The teacher demonstrates the correct security procedures using antivirus
2)The students follow step-by-step.
3) The students practice until they get ready to be accessed by teacher.


(base kepada pelajar-if terpulang kepada pelajar)

1.Ketua kelas diminta mengambil borang penilaian dan diedarkan kepada semua pelajar.

2. pelajar diminta memilih 1 jenis perisian antivirus untuk digunakan dan menulis nama perisian antivirus dalam helaian borang penilaian pada ruang no.1-H1

3.Pelajar diberi arahakan untuk mulakan perisian antivirus dan pilih kawasan yang hendak diimbas iaitu folder _____ dan menulis kawasan yang dipilih dalam helaian borang penilaian pada ruang no.2 - H1

p/s:<senang nk scan-pendrive-or folder my document>

4.Pelajar diminta Scan kawasan yang dipilih dan menyalin ringkasan imbasan (history) dengan cara mencetak skrin (print screen) kedalam microsoft word bagi tujuan mencetak bukti untuk dimasukan kedalam port folio pelajar.

5.Pelajar diminta untuk menulis dalam helaian borang penilaian pada ruang no.3 - H1 sama ada "virus ditemui" atau "virus tidak ditemui"

6.Pelajar dikehendaki memilih dan menggunakan mana-mana atau semua yang berikut apabila virus dikesan - memadam / membuang, membersihkan / menyembuhkan, kuarantin / bergerak ke bilik kebal dan menulis dalam helaian borang penilaian pada ruang no.4 - H1 bagi tindakan yang diambil.



Penutup:
1. Guru menyoal pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari.
2. Pelajar menyatakan pendapat mereka.
3. Guru menerapkan nilai-nilai murni berkaitan dengan etika penggunaan komputer


Tugasan:

Menjawab soalan uji minda



Refleksi

Objektif telah dicapai. Semua pelajar memohon prosedur keselamatan yang betul menggunakan antivirus berjaya.

The objective had been achieved. All students apply correct security procedures using antivirus successfully.





Sumber rujukan:

Norazwanie Aminuddin

::Rancangan Mengajar Sekolah Ganti::

Rancangan Mengajar Sekolah Ganti

Mata Pelajaran:_________________   Tarikh:______(Sekolah Ganti)
Kelas: <kelas yang diajar/relief>      Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa>


Tajuk: Hari Graduasi Pelajar Tingkatan 5


Refleksi    : Penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar tingkatan 5.


::Rancangan Mengajar Perbincangan Peperiksaan::

Rancangan Mengajar Perbincangan Peperiksaan

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar/relief>      Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa>


Tajuk:PERBINCANGAN UJIAN BULANAN II

Objektif:
Membuat pembetulan agar pelajar menyedari dan tidak melakukan kesilapan yang berulang dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan

Melatih pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang nilai / topik yang dibincangkan menerusi pembetulan yang dibuat

Menyatakan pendapat yang bernas & memberikan alasan untuk menguatkan pendapatelatih pelajar menjelaskan pendapat tentang sesuatu perkara yang dibincangkan

Pengetahuan sedia ada:


ABBM:
Buku latihan, kertas soalan Ujian 1, Skema Jawapan Ujian 1

Pengurusan kelas:

Penerapan Nilai
Menghormati guru, usaha,Bertanggungjawab

Aktiviti:
Pelajar membuat semakan, perbincangan dan pembetulan kertas peperiksaan serta pada masa yang sama dibimbing oleh guru

Pelajar dan guru berbincang mengenai soalan-soalan ujian 
Soal jawab antara guru dan pelajar


1.Murid diedarkan dengan kertas jawapanpeperiksaan akhir tahun penulisan.
2.Murid diminta untuk membincang kan soalandan memberikan jawapan mereka .
3.Bincang jawapan bersama-sama.
4.Buat pembetulan jika terdapat kesalahan.
5.Buat pembetulan di dalam buku tulis




Penutup:



Tugasan:


Refleksi
P&P berjalan lancar kerana pelajar dilihat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perbincangan dan pembetulan jawapan kertas peperiksaan mereka


70% pelajar dapat memberikan pendapat & mengenalpasti kesalahan yang dilakukan ketika menjawab soalan
30% pelajar masih memerlukan bimbingan guru untuk menyatakan pendapat sepanjang perbincangan


#Lampirkan Soalan Ujian + Skema Jawapan

::Rancangan Mengajar Harian ICT - Papan Induk::

#dalam proses penambahbaikan..hoho

Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran:_____________________   Tarikh:________________
Kelas: <kelas yang diajar>             Bil. Pelajar:___________
Tempat:<lokasi>                          Masa:  <masa><70 minit>

Tajuk: Komponen Papan Induk Komputer

Objektif:


1 Melabel 6 kedudukan komponen- komponen pada papan induk dengan tepat.

2 Menyenaraikan 6 fungsi komponen-komponen pada papan induk dengan
betul.


Identify the location of the central processing unit (CPU), expansion slots,expansion cards, RAM slots, ports and connectors on the motherboard

State the functions of CPU, RAM, ROM   and expansion slots found on the  motherboard.


Pengetahuan Sedia ada:

Pelajar sudah melihat bentuk komputer yang terdapat di rumah mereka atau di dalam bilik komputer sekolah.
Pelajar sudah mempelajari maksud Sistem Komputer dan Kitaran Pemporsesan Maklumat



ABBM:



1. Carta alat-alat teknologi maklumat. 
2. Set komputer.
3.Kad imbas "Komponen Papan Induk"
4.Latihan interaktif->fungsi,label,lakar
5.Modul Komponen Papan Induk 
6.Lembaran kerja
7.slide ppt  "Motherboard‟
  Pengurusan kelas:


Nilai:
bekerjasama,berdikari

Aktiviti:

Set Induksi

  1. Guru keluarkan komponen komputer untuk menarik perhatian pelajar. Guru menceritakan tentang alat-alat teknologi yang canggih.
  2. Pelajar diminta supaya menyentuh komponen komputer yang berada di hadapan mereka.
  3. Pelajar diminta memberi pendapat.







Pengajaran
  1. Guru menayangkan video pengajaran berkenaan dengan komponen motherboad  kepada murid-murid. 
  2.  Murid menumpukan perhatian terhadap tayangan video pengajaran berkaitan dengan komputer ini
  3. pelajar tulis dalam ruang kosong modul
  4. Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkenaan dengan apa yang telah mereka lihat tadi. 
  5. Beri bimbingan kepada murid-murid yang masih gagal dalam mengenal komponen-komponen komputer.



Penutup:
1. Guru menyoal pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari.
2. Pelajar menyatakan pendapat mereka.
3. Guru menyuruh pelajar menggunakan ‘Google Image’ untuk mencari teknologi terbaru dalam CPU(eg cip terbaru)
4. Pelajar menggunakan enjin carian ‘Google’ dan melalui ‘Google Image’ mencari pelbagai komponen yang berkaitan dengan komputer.
5. Pelajar dikehendaki memuat-turun kesemua imej komponen ke satu folder yang terdapat pada skrin komputer masing-masing.

Tugasan:

Pelajar diminta membuat 1 video klip mengenai teknologi CIP terkini

Kertas latihan


Refleksi
Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Pelajar mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul mengetahui spesifikasi CPU dan pemasangannya

The objective had been achieved. The students can identify the parts and components of the motherboard after do exercise.


Rujukan Guru:
http://ishakothman.tripod.com/htm

http://cikgumasita.blogspot.com/