Pages

Sunday, June 16, 2013

Tugasan 1 (4AK3) : FaedahPelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di Sekolah

Tugasan 1 (4AK3) :
"Faedah-faedah Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di Sekolah"

Berdasarkan tajuk di atas, sila berikan:

1 Isi
2-3 baris huraian
1 Peribahasa yang berkaitan

Pastikan anda tidak memberi komen yang sama seperti rakan yang anda yang telah menghantar komen sebelum ini.

Tarikh tutup: Ahad (16/6/2013) - 12 tengahmalam


contoh penulisan:

"Faedah Jiran dalam Kehidupan bermasyarakat"

Isi:Dapat menjanakan kehidupan setempat yang aman dan harmoni
Huraian: Kita boleh memupuk semangat kejiranan dengan mengadakan majlis gotong-royong dan membersihkan kawasan kampung.
Peribahasa: Bagai Aur Dengan Tebing

Hasil Tugasan:

1. -Kump Budak Akaun -

isi: melalui Aktiviti ini pelajar dapat meluangkan masa dengan perkara yang berfaedah
Huraian: Aktiviti ini juga dapat mengelakan pelajar daripada melibatkan diri dalam gejala-gejala sosial seperti Vandalisme
peribahasa: Sebelum Nasi Menjadi Bubur

komen guru:peribahasa awak ini salah penggunaanya.Ini peribahasa yang betul.

Peribahasa
Nasi sudah menjadi bubur.
Takrif
Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat).

sila cari peribahasa yang sesuai ye

komen pelajar:Pembetulan Peribahasa: Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
komen guru:maksud:Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.okey,diterima


2.-kumpulan YCF-

isi:Faedah melaksanakan aktiviti '1 murid 1 sukan' ialah aktiviti ini boleh menyihatkan badan.
huraian :Dalam zaman ini, banyak orang tiada masa lapang untuk buat bersenam,ia akan menjejaskan kesihatan kita.Oleh itu,aktiviti ini boleh membantu murid menyihatkan badan.
melaksanakan aktiviti ini ia akan membantu murid berminat akan bersukan .Kita perlu menyeimbangkan kokurikulum supaya seimbang dalam rohani dan jasmani.
peribahasa :'Bagai otak cegas , minda cerdas '

komen guru:isi anda bagus tetapi peribahasa anda tidak betul.
sila cuba sekali lagi

3.KUMPULAN-[WE ARE KHAN'S]

isi>Faedah melaksanakan aktiviti '1 murid 1 sukan' ialah aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim sesama pelajar-pelajar di negara kita.Selain itu,kita dapat mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang sukan ini dan juga dapat menyihatkan tubuh badan.Kita juga dapat menghirup udara segar dengan menjalankan akitivti ini pada awal pagi.
huraian>Dengan cara ini sekolah akan maju bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi kokokurikulum.
peribahasa> MALAYSIA BOLEH.

komen guru:isi anda bagus, tetapi tiada peribahasa "Malaysia Boleh".sila cari peribahasa yang sesuai

No comments:

Post a Comment