Pages

Tuesday, February 26, 2013

::Set Induksi:

Definisi:
Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
url:url:http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/definisi-set-induksi.html



soalan dari farah:
"Farah ajar sivik 2 masa dan dapat pada hari yang berlainan. First day dah guna set induksi. So, next day nyer kene buat set induksi ke? sbb farah akan buat perbincangan utk next day tu"

jawapan dari saya:

Set induksi x semestinyer tunjuk gambar or play video aje.. set induksi boleh juga kite buat mind map pelajaran lepas..pinta pelajar isi mind map.Itu juga dikenali sebagai set induksi


Url:http://z12.invisionfree.com/CikguOnline/index.php?showtopic=258

Cikgu membahagikan rancangkan kepada 3:
(a) Intro - memfokuskan minda murid kepada memberi tumpuan kepada subjek yang cikgu nak mulakan pengajaran.
(b) Pelaksanaan
- mengemukakan soalan-soalan kepada murid untuk mereka jawab yang jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin juga ajar dan di sinilah ketikanya prinsip pembelajaran diaplikasikan, iaitu:
- dari yang diketahui oleh murid kepada yang belum mereka ketahui
- dari yang dekat kepada murid kpd yang jauh
- dari sedia dialamai oleh murid kepada yang belum dialami
c) Penutup - setelah diberitahu apakah tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari hendaklah dinyatakan kepada murid-murid


Contoh set induksi sepanjang LM saye:

Week 1: Pengenalan kepada Etika penggunaan Komputer
Saya bertanya soalan "Apakah peraturan ketika di dalam Makmal Komputer?"
-pengetahuan sblm: pelajar dah didedahkan kepada Pengurusan Makmal Komputer mengenai Peraturan dalam Makmal


Pengenalan kepada Pangkalan Data(Microsoft Access)

Saya memaparkan situasi dalam pejabat dimana terdapat banyak fail-fail yang tidak tersusun.
dan bertanya kepada pelajar bagai mana untuk menguruskan fail-fail tersebut
-pengetahuan sblm:pelajar tahu pengurusan barang di dalam Makmal KOmputer

Week 2: Evolusi Komputer

Saya memaparkan gambar-gambar komputer dahulu sampai sekarang termasuk gambar Hp canggih + Apple PC
-pengetahuan sblm: pelajar pernah melihat monitor CRT

Pengenalan kepada Pangkalan Data(Microsoft Excel)
Saya ulang semula fail-fail yang tidak tersusun supaya pelajar dapat tahu kepentingan pengurusan maklumat + pangkalan data


Week 3: Pengenalan kepada Sistem Komputer
saya bertanya soalan "Jika nk guna komputer,apakah perkara/bahan yang perlu ada supaya dapat guna komputer dengan berkesan?"
-pengetahuan sblm: pelajar sudah mempelajari kegunaan ICT dalam kehidupan seharian

"baru nk masuk sistem konsep... org tampal gmbr desktop..besar punyer... pehtu,dieorg label la..ape yg boleh di attach kat destop..contoh,mcm mouse, headphone,keybod..suka ati dieorg nk tulis ape.. nnt kite ckp la.."ha,bgs2,nmpk nye da tau la pasal komputer,jadi adakah awk tahu tentang isi dalam komputer?..cikgu akan ajar..bla bla bla" gitu"

Week 4: Pengenalan kepada Perwakilan Data
Saya minta pelajar buat peta minda rajah blok I/O proses dan Storan
kemudian, rajah blok kitaran mesin
-pengetahuan sblm: pelajar sudah mempelajari komponen asas komputer

"masuk system concept->org buat tampal2 input+output+proses(ada kitaran mesin)+store"

No comments:

Post a Comment