Pages

Friday, January 25, 2013

::Bingka Berlauk::

tangan yg memasak ini terasa nk masak..so petang td masak la bingka berlauk versi buku resepi la kan..nk hentam x reti..heheh...Chef Hanieliza

nyum2..alhamdulillah..sodap (saye la tu kata sedap :)
Bingka Berlauk



Bingka Berlauk tabur cheese 
Resepi: Chef Hanieliza  dari Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan A (bancuhan tepung):
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air)
1 sudu garam halus
2 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan parutan Cheddar Cheese - saye guna 2 kepingan cheesedale sbb tu je yg ado

Bahan B (Inti):-
200 gm daging kisar/cincang
2 biji kentang - dipotong dadu
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang kecil lobak merah - didadu 
1 sudu makan rempah kari 
2 biji cili merah (dihiris halus)
5 tangkai daun sup (dihiris halus)
1 pokok daun bawang (dihiris halus)
1 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa


Cara-Cara Membuat Bingka:-
Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin.
Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi. - saye tabur 1 keping dulu..

Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu.
Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. 

then saye tabur lagi 1 keping cheesedale
Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak.

Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Potong dan hidangkan.

Cara Memasak Inti:-
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi.
Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa. Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok.
Seimbangkan rasa dan tutup api. 



td semasa ayah ku pulang, bertambah la rezeki Pulut Periuk Kera dari cikgu kat SMV Muadzam Shah, Pahang..alhamdulillah


Pulut Periuk Kera

No comments:

Post a Comment