Tugasan 1 (4TS1) :
"Faedah-faedah Pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan di Sekolah"
Berdasarkan tajuk di atas, sila berikan:
1 Isi
2-3 baris huraian
1 Peribahasa yang berkaitan
Pastikan anda tidak memberi komen yang sama seperti rakan yang anda yang telah menghantar komen sebelum ini.
Tarikh tutup: Ahad (16/6/2013) - 12 tengahmalam
contoh penulisan:
"Faedah Jiran dalam Kehidupan bermasyarakat"
Isi:Dapat menjanakan kehidupan setempat yang aman dan harmoni
Huraian: Kita boleh memupuk semangat kejiranan dengan mengadakan majlis gotong-royong dan membersihkan kawasan kampung.
Peribahasa: Bagai Aur Dengan Tebing
Hasil Tugasan:
1.FANTASTIC GIRL
ISI: DAPAT MELAHIRKAN ATLET SUKAN
HURAIAN: SUDAH TERLALU BANYAK MODAL YANG DIBELANJAKAN,NAMUN KEJAYAAN ATLET NEGARA AMAT MENYEDIHKAN
PERIBAHASA: KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAH DAPAT SAGUNYA
komen guru :
maksud peribahasa:Cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.
jadi semasa huraian,kumpulan anda perlu fokus usaha mendidik sejak murid dalam sukan perlu bermula sejak di bangku sekolah
2.Le Girls
Isi: Untuk memastikan setiap pelajar ada sukan.
Huraian: Zaman kini, murid-murid makin mengabaikan aktiviti-aktiviti sukan di sekolah. Dengan adanya sukan pada setiap pelajar maka kesihatan para pelajar akan meningkat dan proses pembelajaran mereka akan bertambah.
Peribahasa: Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
komen guru:
maksud peribahasa: Setiap pekerjaan perlu dilakukan dengan sempurna
boleh tambah huraian->fokus kepada usaha kementerian memastikan semua pelajar menyertai sukan.hasilnya, kesihatan pelajar terjamin
3.Vespa HJ Samad!
Isi : Untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Huraian : Memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Peribahasa :Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
komen guru:ade ye peribahasa bara yang digenggang biar sampai jadi arang?salah susun ayat tu.
komen pelajar:Adalah cikgu . Saya tengok dalam internet ni .
komen guru:okey.sy pun ade lihat di internet berkaitan peribahasa yang awk jumpa.sy akan pastikan kesahihan peribahasa yg awk guna supaya masing2 x salah jalan :) .okey?
ini dari website Dewan Bahasa & Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=genggam&d=11
Peribahasa
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Takrif
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
apa pun tahniah kerana berjaya jawab :)
4.Rainbow & rock(R&R)
Isi:-melahirkan generasi yang sihat dan cergas.
Huraian:-Faedah pelaksanaan 1Murid 1Sukan dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas serta dapat mendidik generasi yang berwawasan dan mempunyai matlamat yang tepat. Seterusnya, dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Selain itu, kita juga dapat seimbangkan darisegi intelek,rohani dan jasmani.
Peribahasa:-Melentur buluh biar dari rebungnya.
komen guru:
maksud peribahasa:Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi
boleh tambah situasi: murid sekolah ramai yang bersaiz besar.obesiti.tidak banyak bergerak.duduk di rumah.akibatnya,boleh melemahkan pemikiran.
No comments:
Post a Comment