Pages

Saturday, December 29, 2012

::Penggunaan Papan Tulis::

|| Kebanyakan guru tidak menggunakan konsep ni sbb papan tulis x berapa besar, tp konsep ni bgs sebenarnya||


Papan Tulis
Papan tulis merupakan salah satu alat bantu mengajar yang termurah dan paling meluas digunakan. Kebanyakan guru pelatih, tidak menggunakannya secara efektif.
Langkah-langkah yang perlu ketika menggunakan papan tulis:
  • sebelum memulakan pegajaran, pastikan papan tulis telah dibersihkan. Sekiranya papan tulis tidak bersih, tumpuan murid akan terganggu.
  • Tulisan guru hendaklah besar dan jelas.
  • Kebanyakan papan tulis di dalam bilik darjah adalah dari jenis yang panjang. Bagi memastikan supaya penggunaaannya lebih teratur dan berkesan, papan tulis itu eloklah dibahagikan kepada dua atau tiga bahagian dengan membuat garisan sempadan.
 
  • Bahagian ditepi sebelah kiri dan bahagian tengah digunakan untuk menulis isi-isi pelajaran penting yang mungkin perlu disalin oleh pelajar.
  • Bahagian di sebelah kanan pula digunakan untuk menulis perkataan dan kiraan atau untuk membuat lakaran dan sebagainya, yang akan dipadam setelah tidak diperlukan.
  • Jawapan atau kenyataan dari pelajar juga patut ditulis di papan tulis. Mereka juga boleh disuruh menulis sendiri. Dengan cara ini akan dirasakan penglibatan pelajar proses P&P
sumber 1. Jenis alat Bantu Mengajar

::Rangkaian Tanpa Wayar::


RANGKAIAN WAYARLES
* WPAN (rangkaian kawasan peribadi wayarles) untuk komunikasi jarak dekat seperti Bluetooth (802.15.1) dengan kelajuan 110 - 480 Mbps.
* WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) merupakan komunikasi untuk sesuatu kawasan dalam jarak 100 meter dengan kelajuan 15 - 54 Mbps.
* WiMax atau WMAN (rangkaian kawasan metro wayarles) komunikasi sehingga 50 km dengan kelajuan 15 - 75 Mbps
* 3G/WCDMA atau WWAN (rangkaian kawasan jauh wayarles) untuk komunikasi jarak jauh (termasuk global) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps.


Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia dibahagikan menurut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk mengimplimentasinya.

i. Bluetooth
ii. IrDA
iii. HomeRF (SWAP)
iv. WECA (Wi-Fi)


sumber:
1. Teknologi tanpa wayar (UMS) 
2. Virtual Friends - post by Delila

Friday, December 28, 2012

::Rangkaian 4G::

Teknologi rangkaian tanpa wayar 4G merupakan penggabungan beberapa teknologi rangkaian capaian yang berbeza seperti rangkaian Universal Mobile Telecommunication System (UMTS) dan Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (WLAN). - sumber a

Sejarah:
Komunikasi mobil dan rangkaian tanpa wayar adalah topik terhangat dan membangun pada kadar yang sangat pantas. Perkembangan dan pembangunan komunikasi mobil ini dilabelkan dengan simbol 'G'. Generasi Pertama (1G) menandakan rangkaian analog seperti Nordic Mobile Telephone (NMT) manakala Generasi Kedua (2G) menandakan rangkaian digital pertama seperti Global System for Mobile Communications (GSM).
Kemudian General Packet Radio Sen'ice (GPRS) diperkenalkan dan GSM lanjutan ini dirujuk sebagai 2.5G. Akhirnya, Universal Mobile Telecommunication System (UMTS) dan International Mobile Telecommunication System 2000 (IMT-2000) dilabelkan sebagai Generasi Ketiga (3G). Sistem komunikasi mobil 3G adalah baru dilaksanakan, manakala kajian untuk komunikasi mobil generasi akan datang (next generation) iaitu rangkaian tanpa wayar Generasi Keempat (4G) telah mula dijalankan.- sumber a

Antara ciri-ciri rangkaian 4G ialah:
a) menyokong perkhimatan multimedia berkualiti tinggi seperti audio masa nyata (real time),
b) data kelajuan tinggi
c) kandungan video Televisyen Definisi Tinggi (HDTV)
d) televisyen mobil   - sumber a

Di Sentul Park yang berkeluasan 300 ekar, sebuah kompleks serba canggih dan moden akan dibuka pada awal tahun 2010 di mana pusat operasi rangkaian (NOC) dan pusat data akan di tempatkan dan menjadi tapak ujian untuk Rangkaian Inovasi 4G   -sumber b

sumber:
a) Pengenalan 4G -Munirah_thesis
b) Lokasi Kompleks 4G

Tuesday, December 25, 2012

::Buku Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi::


**buku dari UTHM sumber dari Izzar (ketua kelas)
Sekolah Berprestasi Tinggi: Satu Transformasi
merupakan salah satu dokumentasi awal selepas pengumuman KPM dibuat mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Membantu sedikit sebanyak semua pihak supaya lebih berjaya membawa perubahan atau transformasi untuk merealisasikan SBT di Malaysia.
High Performing Schools atau Great School
Sekolah Berprestasi Tinggi dari KPM


Pengarang:
1. Ab. Rahim Selamat
Anugerah:Tokoh Guru Kebangsaan
Ahli Panel bebas Sistem Pendidikan Malaysia


2. Prof Madya Dr. Kamarolzaman Hj. Mohd Jidi (UTHM)
Pengalaman:
AJK Pengurusan Pusat Kegiatan Bandar Segamat, Johor
Kaunselor Sekolah Sepenuh Masa KPM


3. Azrimah Ab. Rahim
Pengalaman:
Guru Pakar dalam Pengajaran Bahasa Inggeris (TESL)

4. Hazrita Ab. Rahim
Pengalaman:
Menerima pendidikan di sekolah berprestasi tinggi SM(P) Sri Aman di PJ
Pensyarah


boleh dibeli melalui  Prof Madya Dr. Kamarolzaman Hj. Mohd Jidi (UTHM)
RM45
Tingkat 4 (bilik no.15)
hp:016-7247578

Friday, December 21, 2012

::Tanggapan::

cube fikir ek..
selalu pun perkara ni terjadi

pakai kancil - oh, miskin
pakai mercedes - oh kaya
rumah ada ekon - kaye
pegi kerja naik bus - miskin
pegi kerja naik LRT - separuh miskin+kaya
makan kat restoren - kaya
makan kat warung - miskin
baju iron chantek - kaya
baju x bape nk iron - miskin
alamat rumah ada perkataan "kampung" - miskin
alamat rumah ada perkataan "taman" - kaya

banyak sangat tanggapan, just like when we see our students, the fiirst thing we look at appreance..please dont judge them by its cover..

Sunday, December 16, 2012

::cikgu & blog::

sedang mencari2 maklumat untuk dishare tetibe jumpe cerita "Mengapa guru perlu ada blog?"




saye translate aje dari sini Every Techer Should Have Blog  very useful website + helping :)

1. guru boleh update info mengenai pengajaran, guru lain boleh tambah folow and get some new idea
2. students also boleh dapat info tentang kelas, aktiviti dan tugasan yg cikgu bg dimana2 jua ->gain motivation
3. ibu bapa boleh lihat maklumat terbaru tentang pendidikan, so they get idea tentang pendidikan sekarang dan cara guru handle class ->gain trust
4. pertukaran maklumat antara guru ->web discussion
oh ye,dlm FB pun boleh :)
5.jika ada students yg x boleh masuk kelas/datang sekolah/masuk sekolah atas sebb tertentu, pelajar masih boleh belajar melalui internet dari blog guru.  Skrang ni bnyk sgt guru-guru yang dah ada blog. more information to come :)
6. paling penting, pelajar akan jadi rajin untuk cari maklumat baru
7. orang lain juga boleh komen dan cikgu boleh buat penambahbaikan dalam pengajaran
-> more people more info, tapi cikgu perlu tahu mana untuk dipercayai+digunakan, base dari resource yg boleh dipercayai Antara like di FB tentang perkara ini

Friday, December 14, 2012

::Teknologi dalam Pengajaran::

kat sini saya list beberapa useful website yang boleh bantu guru-guru dapatkan / gunakan teknologi
"sHarIng is CariNg"

1.50 Education Technology Tools Every Teacher Should Know About
2.Voice Thread  -> website yg cuba membatu pelajar yang x dapat masuk/belajar di kelas normal
3. EdTechTeacher --> listing tools penggunan teknologi untuk cikgu
4.Teachervision  -> senarai bahan teknologi lagi,fuh..banyak rupanye

::Pengaturcaraan:

Peh,setelah lama tidak guna akal untuk buat programming..huhu
telah dapat 1 latihan..kentang jugak nk buat
soalan berbunyi:
 "Anda dikehendaki membantu rakan anda untuk menyelesaikan masalah pengiraan markah kuiz pelajar-pelajarnya.
Rakan anda telah membuat kuiz sebanyak 4 kali dan beliau ingin mengambil markah purata bagi kuiz pelajarnya.
Namun begitu, beliau tidak memaklumkan kepada anda bilangan pelajarnya.
Anda dikehendaki menyelesaikan masalahnya dengan menggunakan fasa-fasa penyelesaikan masalah yang telah dipelajari dalam kelas pengaturcaraannya.

Step 1: Bina table
Masalah  diberi                    ||  Input                       || Proses           || Output
1. kira markah purata kuiz    1.fail pelajar                1.purata           1.jumlah purata markah kuiz bagi setiap pelajar
2. kuiz 4 kali                                                                                  2. 4 markah pelajar


Step 2:bina Algorithma
2 ways..1 guna flowchart..1 lagi guna psuedo code

jawapan aturcara:  **macam serabut aje**


#include <iostream.h>
#include <conio.h>
int main()
{
int jum_markah, kuiz,markah,purata,bilPelajar,x;

cout<<"\tSila masukan bilangan pelajar:";
cin>>x;


for(bilPelajar=1;bilPelajar<=x;bilPelajar++)
{
                for(kuiz=1;kuiz<=4;kuiz++)
                {
               cout<<"\nSila masukkan markah kuiz"<<kuiz<<":";
               cin>>markah;
               jum_markah+=markah;
              }

   cout<<"Jumlah markah ialah"<<jum_markah<<endl;
   purata=jum_markah/4;
   cout<<"Jumlah purata markah pelajar"<<purata<<endl;
}


}



Thursday, December 13, 2012

::Refleksi Mengajar::

hasil perbentangan kawan2.. ni antara kekerapan bila perbentangan pengajaran (mikro teaching)

1.Penggunaan gambar dalam slide tidak terang, kabut
->mungkin masa download tu, pixel x tinggi hasilnya gambar pecah

2.Perlu tahu fakta (kuasai ilmu)

3. penggunaan warna latarbelakang(background) yang tidak sesuai
->perlu guna CAPSER

4.guru perlu hafal nama penuh pelajar
->pelajar hormat guru+dapat kawal kelas

5. perlu tahu guna papan putih dengan betul
->ada partition.ada tajuk.ada tarikh.ada hari

6.bila bagi nota, perlu highlight KATA KUNCI

7.nada suara yang jelas.Ton suara perlu kawal

8.persediaan video yang mantap.if kene edit video untuk fokus pada certain tempat, sila crop

9.saiz tulisan perlu besar

10. jika guna google translate, perlu betulkan semula ayat.

11.jangan tanyer pelajar tentang pelajaran jika pelajar baru masuk kelas kerana pelajar belum dalam keadaan sedia.

12. Penerapan nilai murni semasa belajar

13.Sila beri pujian yang sepatutnya kepada pelajar

Wednesday, December 12, 2012

::teknik menarik untuk kelas::

 BeCoMiNg CreAtiVe TeaCheR

hasil dari perbentangan proposal kawan2 masa kelas kajian tindakan
yg sy nk list ni menarik perhatian sy :)
walaupun ada kajian tentang ni..tp bila kawan2 propose baru la sy tahu teknik menarik ni ada..thanks kawan2.. making my mind open..n big open

TeaCHeR SUpPose To AwaKen JoY in ClaSS
GuRu seHarusnya meNarik+MeMbinA keseRonOkan daLam KeLas

1. Kad Imbas Poket -> untuk penanda wacana
by: azura latif

2. Big Puzzle Map --> untuk blaja georafi
by:shikin latif
boleh kembangkan lagi untuk kawasan pertanian..

3.model Tanah Liat + Big Map -> blaja geografi dengan menarik
fokus untuk tanah tinggi/banjaran
by: adia the watcher

4. mindMapping ->lukis2 untuk mapkan sejarah
pelajar buat sendiri,tp cikgu kene bg contoh dulu
by:noraini
added: nasrul zairi --> die suh carik software freemindmapping untuk bantu cikgu bina mind map lagi senang
URL: http://www.xmind.net/

5.PKUM & SEPAH ->teknik untuk bahasa melayu kertas 2 (bahan ransangan)
by:izzar idris
pernah buat kat sekolah,tp lebih kepada Isi+hurai+contoh,tp simple punyer la..mmg berjaya..hihi  :D

6.Potongan kertas untuk pecahan
by:faradilla
mmg terbaik la konsep ni.sy pun jadi faham..hihihi

7.Konsep jambatan "T" untuk topik laju, masa dan jarak -> subjek math + sains
by:zuraidah


p/s:harap2 nnt boleh guna untuk kelas :)
Teacher suppose to AWAKEN JOY!!  like this caption :)

Tuesday, December 11, 2012

::Beratnyer::

oleh kerana kelas dari kul 8 hingga 6 setiap hari untuk minggu ni...
my head is round2...hihi..sakit kepala dlm bahasa malayu :P
sbb kene tgk slide presentation kwn2 yg pelbagai warne..huhu..kejap terang..kejap gelap
mmg x amal ilmu CASPER betul kwn2 ku ini..
haih..ni kalo kat sekolah ni...mau nyer student2 jadi bosan~

bahaye2..

ade tips untuk hilang sakit kepala..so, encik google telah membantu menyenangkan kerja saye
1. web site petua 1
=>korang kene tgk tips akhir sekali...slalonyer mmg mujarab  :D

2.web site petua 2
=>nice juge petua die

3. web site petua 3
=> ha, cara ni saye pernah nampak kat wall klinik kesihatan + hospital
=> sape yg dah berkahwin tu..elok cam ni..kata dieorg, utk merapatkan hubungan :)


Monday, December 10, 2012

::Berfikir::

pernah x kite terfikir tentang keputusan kite akan effect org lain?
kadang2 , kite x perasan pun yg kekerasan hati kite ni boleh menyebabkan orang lain terasa..
mmg orang kata x yah sibuk nk fikir pasal ape org lain fikir..
tp kene ingt..kite ni hidup bermasyarakat..
orang lain juge ada hati..ada perasaan~



kalau dah tau kite bakal susahkan orang lain..nape  kite x cube usaha lebih utk x susahkan orang lain?
sbb kite ni dalam kawasan selamat...
mcm kat sekolah dulu kala... exam asik xok aje..
tetiba bila masuk uni / kolej
boleh pulak lulus dengan cemerlang..
hoho..nmpk sgt x berusaha... :P

p/s: sibuk kata bagi tumpuan pada orang yg sedang bentang..tp dia sendiri x fikir pasal org lain bila amek keputusan untuk bentang awal..sedangkan sesi bentang die tu next week aje~  :(

::Miskonsepsi::

td masa kelas mikro&makro
sorang kawan buat perbentangan.. ada aktiviti..tajuknya
"Berikan 4 kepentingan rangkaian komputer"

jawapan yang diberi:
1. Pendidikan lebih luas
2. Tanpa sempadan
3. Jimat kos dan kos
4. perkongsian perkakasan dan aplikasi


cube tengok balik jawapan atas...jawapan yang diberi dalam bentuk KELEBIHAN..bukan KEPENTINGAN

dari Dewan Bahasa & Pustaka
maksud kelebihan: sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan;sesuatu sifat yg lebih drpd kebiasaan, keistimewaan
maksud kepentingan : sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan:mustahak

jadi untuk jawapan KELEBIHAN rangkaian komputer:
  • Merapatkan jurang pendidikan
  • Jimat masa dan kos

jawapan KEPENTINGAN rangkaian komputer:
  • Perkongsian data dan maklumat
  • Perkongsian peranti-peranti komputer
  • Perkongsian perisian
  • Perkongsian talian Internet
so, kene la jelaskan dulu perbezaan dua maksud tu..baru leh bagi latihan.
kalo dalam exam..terus free2 je x dapat markah..oh tidak~  :(

p/s: sendiri tulis, sendiri carik maksud ==> tapi kadang2 sendiri pun konpius  :P
imagre dari: sejutarasamakusu.blogspot.com


rujukan untuk rangkaian komputer:
1. Wikipedia

Sunday, December 9, 2012

::Isu Semasa Sistem Komputer & Rangkaian::

My lecture ask carik info pasal isu-isu semasa.wohoo~macam banyk je..
so, hasil dari "perbincangan" dengan en.google..tq for info
rasenyer kene update lagi sikit sbb fokusnyer pada  Sistem Komputer & Rangkaian

1.Teknologi Hijau
ni mcm umum sikit sbb die more utk cam mane untuk kurangkan kesan negatif penggunaan teknologi
rujuk: Go green

 2. Teknologi Middleware
“Middleware” bermaksud perisian yang menjadi perantara atau jambatan di antara program aplikasi dan rangkaian
rujuk: azri 

3.Voice Over Internet Protocol (VOIP)
kite boleh berkomunikasi dengan orang lain guna internet
contoh: Skype, Yahoo Messager

4.Education kat Malaysia
guna Personalize Learning Enviroment (PLE)-->sekolah guna Bestari.Net
selain dari PLE ni..ada jugak konsep Virtual Learning Enviroment (VLE) tp higher education la guna
contoh: MMLS (universiti multimedia)


5.Sistem Komputer..fokus kepada storan/storag
guna konsep Cloud Storage. kite boleh simpan semua fail/gambar/muzik/ or whatever kat internet.hoho
tp ada masalah sikit, kene ada internet la untuk capai semula
contoh: DropBox, GoogleDrive, Picasa (utk gmbr)

6. Virtual Office konsep untuk Small Office or Home (SOHO)

7. Media Sosial pun ada kaitan dengan isu semasa Rangkaian sbb die real time
contoh: facebook

8. Management Internet Service (MIS) ni guna masa SchoolNet
rujuk: buletinAspirasi page 9

9. Near Equatorial Orbit (NEqO) --> remote sensing satellite launched
rujuk: buletinAspirasi page13

10. Switch ack like Router
Switch simpan MAC address
Router simpan IP address

11.wireless - >YES 4G

Rujukan
1. Cik Yussalina (slideshare)
2. Saraswati 




Saturday, December 8, 2012

::Sakit pergelangan tangan+jari::

Carpal Tunnel Syndrom

penyakit ape ni ye?
actually tgh baca pasal perancangan pengajaran
terjumpa 1 site menarik pasal rancangan mengajar..tp yg lebih menarik post cikgu syazalina
tentang carpal tunnel syndrom yg terkene penyakit tu..
saje baca..pasal sakit pergelangan tangan...
sbb saye juge tgh sakit pergelangan tagn gak..rasa sbb bnyk presure kat tagn kanan ni laaa..

bila drive tgn kanan take over
bila menaip, tgn kanan lebey2 over jugak
pegang tetikus pun kanan juge..~ xpernah jumpe org pegang mouse tgn kiri..hihi :P
bila tdo, mesti nk bengkok tgn (alas tgn bwh kepala)

mcm melebihkan tgn kanan dari tgn kiri :D

tp xde la smp sakit cam die..so,saje wat exercise yg die tunjuk..rasa x sakit pulak..
so,cnfm la tu..bnyk presure sgt kat pergelangan tgn..huu..

update: hoo, dah pegi check kat pusat kesihatan,bukan CPS..alhamdulillah, sakit sbb mmg suka bg presure kat tangan kanan..efek -->lengan sakit,sakit belakang,pening kepala dan sakit jari sbb nerve terhimpit. cara nk cool down sakit ->rendam lengan +tangan dalam air suam 20minit 3 x sehari..

Quote from http://www.carpal-tunnel-symptoms.com/nerve-glide-exercises.html

"I also need to stress here that keeping your tendons and median nerve from being crimped or bent while you sleep (often for 6-9 hrs) is of the upmost importance."
--kira die kata, jgn  bengkok tangan masa tdo--


When doing these nerve gliding exercises, move directly through the positions 1-6, performing 5 "cycles" 3-4 times each day.
DO NOT PUT TOO MUCH PRESSURE OR STRESS ON YOUR THUMB IN STEP 6!



 p/s: tgh blajar x letak presure kat pergelangan tgn.. :D

::Persediaan Guru::

Selamat Pagi
one of my simple research topic berkaitan dengan  
Amalan Persediaan Guru Sebelum P&P
from my experience kalau teacher x buat homework b4 masuk kelas.. mesti kelas kurang seronok (sbb cam apo pun x tau)
it my personal experience..hihi

why teacher2 kene buat homework dulu ye?
1) tahu apa sebenarnye yg perlu ajar kepada student
2) bila dah tgk silibus, teacher akan carik info banyak2 and bahan belajar yang seronok2 untuk share dengan student
3) dok carik info tu akan buat teacher jadi bnayk ilmu so kiranye dapat menguasai ilmu dengan lebih banyak lagi
4) bila dh penuh ilmu.. motivasi teacher akan automatik naik (smp x sabo2 nk masuk kelas sbb nk share ngn student..sy la tu..huhu..eksited lebey~)
5) dan secara automatik personaliti teacher pun jadi menarik coz nampak matang..mudah tersenyum..mudah di dekati..terus jadi chantek hari tu

oh ye.. teacher jgn lupe buat slide or modul or nota yang chantek2 sbb sgt2 dapat menarik students nk blajar
peta minda lagi senang
masa ajar sejarah (one time dulu)..xpandai nk buat peta minda utk students yang low sikit..huhu
mmg kelas terasa boring sgt sbb students x dapat nk hafal-->catch up -->hambar --> apa pun x paham

thats most valuable lesson i learn => dont ever bg ayat2 yg panjang2  +  mesti SIMPLE+CHANTEK+NICE to see

teacher, pls dont ever pegang kertas masa tgh ajar.. i mean, asik2 nk tgk nota kaki. serius student x respect~ sbb x yakin.hu :( 


image from: http://www.polyvore.com

Friday, December 7, 2012

::Permulaan sebuah blog::

Salam,
hoho. setelah sekian lama meninggalkan taip menaip di blog, akhirnya terjebak jua sekali lagi. suma ni disebabkan oleh pengaruh kawan-kawanku di UTHM. blog lama dah lame delete. xingat dah pun. Misi cuba nk tulis kat blog ni berkait la life skrang~ well mcm nk buat jurnal on9 pun ada..hihi

Pendidik..Pengajar..nape ye ada maksud berbeza?
Mendidik...Mengajar...
banyak je maksud2 ..tp xmau sentuh..tu leh carik sendiri..

anyway, orang kata mendidik tu mesti dengan kasih sayang+penuh emosi supaya student dapat grab ape yang teacher ajaran..

orang kata mengajar ni xde selit2 kasih sayang+emosi,that mean..ajar aje la..student mau or xmau..suka or x suka..terima aje la..redha~

dari pandangan saye pulak..proses mengajar ni kene la juga ada mendidik..sbb kite ni ada tanggungjawab..tanggungjawab membina insan dalam diri insan tersebut..sapo2 la yang kite ajar.. xkisah la ajar sekejap ke ..ajar lama ke..even ajar kawan pun kene ada unsur2 mendidik..

kite ni juga ada tanggungjawab mendidik dan mengajar diri kita juge..